Pemain kebangsaan nombor dua negara, Rachel Arnold, dan ketiga negara, Aira Azman, melakar kejutan untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka China di Shanghai semalam.Pemain ke-30 dunia, Rachel, memperoleh kemenangan terbesar dalam kariernya apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi wakil Mesir dan juga pemain kelapan dunia, Rowan Elaraby 9-11, 11-8, 11-9, 11-9 dalam suku akhir di Pusat Sukan Shanghai Oriental.
Pilihan keenam, Rachel, bakal bertemu rakan senegara dan pilihan kelapan, Aira Azman, di separuh akhir.
Pemain ke-36 dunia mengejutkan Sana Ibrahim dari Mesir yang merupakan pemain 18 dunia dengan melakar kebangkitan untuk menang 2-11, 9-11, 14-12, 11-3, 11-6 dalam tempoh 55 minit.
Skuasy Remaja Terbuka KL: Ayesha Rania cipta sensasi juarai B-19
Selepas membuat kejutan dengan menundukkan pemain pilihan pertama, Anrie Goh, dalam suku akhir kelmarin, Ayesha Rania Syed Kebir meneruskan rentak cemerlangnya apabila menumbangkan seorang lagi pemain pilihan, Keira Hickox, dari Kanada untuk menjuarai kategori B-19 Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Nasional, Jalan Duta.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.