Penolong jurulatih skuad pembangunan hoki negara, Mohd Amin Rahim, tidak rela dipalit satu lagi kekalahan besar dalam aksi persahabatan kedua menentang pasukan kebangsaan di Stadium Hoki Tun Razak, malam ini.
Skuad pembangunan negara masih merasai kekalahan besar selepas dibelasah 6-1 dalam perlawanan pertama, kelmarin.
Antara punca utamanya, mereka lebih banyak memberi tumpuan terhadap acara hoki dalam dewan untuk Sukan SEA, 19-30 Ogos depan.
Malah, Amin juga sudah mengesan kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mengelak satu lagi kekalahan besar.
"Pemain kami sudah hampir dua bulan tidak memegang kayu hoki, maksud saya beralih daripada acara tertutup. Pada suku ketiga perlawanan, saya melihat pemain mula mendapat rentak, bangkit dan memberi tentangan.
"Bagi saya, cabaran dan tentangan itu baik untuk skuad senior kerana mereka akan berjuang dalam Liga Hoki Dunia Pusingan Ketiga nanti," katanya.
Aksi persahabatan ini adalah aksi terakhir buat pasukan kebangsaan sebelum mengumumkan senarai 18 pemain, Jumaat ini, untuk separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, England, 15-25 Jun ini.
Ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen, berdepan tugas penting memastikan Malaysia layak ke Piala Dunia 2018 selepas The Malaysian Hockey Tigers menamatkan cabaran di tangga ke-12 dalam edisi 2014.
Penulis Jemputan
Thu Jun 01 2017
Skuad pembangunan tidak rela kalah lagi
Penolong jurulatih skuad pembangunan hoki negara, Mohd Amin Rahim, tidak rela dipalit dengan satu lagi kekalahan besar dalam aksi persahabatan kedua menentang pasukan kebangsaan di Stadium Hoki Tun Razak, malam ini.
Dhaarma akan nilai semula sesi latihan jam 3.30 pagi
Jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, memberi tempoh selama seminggu dengan mengambil kira pandangan pemainnya berhubung sesi latihan jam 3.30 pagi yang bermula sejak hari pertama Ramadan ini.
New Zealand ajar Malaysia manfaatkan pukulan sudut penalti
Women's Super League: Title race and relegation drama as attendances boom
WSL: Title race drama
LeBron James undecided on NBA future after Lakers elimination
LeBron James undecided on future
NBA: Jamal Murray hits another game-winner as Nuggets eliminate Lakers
LeBron James and the Lakers again saw their season end at the hands of Murray, Nikola Jokić and the Nuggets
Vardy eyes 100-point season after Leicester's title win
After winning the Championship title with a game to spare, Jamie Vardy issues one last test to Leicester City.
Barcelona 4-2 Valencia: Lewandowski hat-trick leads Barca to 4-2 win over 10-man Valencia
Report: Barcelona 4-2 Valencia
Preston 0-3 Leicester City: Foxes seal Championship title in style
Report: Preston 0-3 Leicester City
Keys downs Gauff to reach Madrid quarter-finals
Keys down Gauff in last 16
IPL: Salt stars as KKR get back to winning ways
Salt inspires KKR win
Nadal goes the distance to reach Madrid Open last 16
Nadal through to last 16 in Madrid
Kimmich ready to open Bayern Munich talks amid Barcelona speculation
Kimmich ready for Bayern talks