Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.

JDT lolos daripada Kumpulan A yang turut menempatkan dua kelab tempatan, Ratchaburi dan Port FC selain Qingdao Quickboy dari China.

Skuad pembangunan Harimau Selatan itu mencipta kemenangan bergaya 6-1 ke atas Port FC di peringkat kumpulan selain mencetak kejayaan 4-0 ke atas Chonburi dalam suku akhir.



Namun, laluan mereka ke perlawanan akhir di daerah Lopburi itu disekat satu lagi wakil tempatan, Bangkok Christian College (BCC), 0-2.

Dan untuk itu mereka akan berdepan Kantararom School (Thailand) dalam penentuan tempat ketiga, manakala Kashima Antlers akan berentap dengan BCC untuk penentuan juara.