Siasatan yang dijalankan terhadap penyerang sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe, susulan tuduhan merogol dan melakukan gangguan seksual digugurkan susulan tiada bukti yang mencukupi.

Pihak Berkuasa Pendakwaan Sweden dalam satu kenyataan mengesahkan kes itu ditutup dengan tidak menamakan mana-mana pihak mahupun individu yang terlibat secara langsung.





Terdahulu, tular di beberapa akhbar tempatan Sweden mengaitkan pemain berusia 25 tahun itu sebagai suspek ketika dia mengunjungi Stockholm pada Oktober lalu.

"Semasa penyiasatan berlangsung, terdapat individu yang dilantik disyaki atas alasan munasabah rogol dan dua kes serangan seksual, tetapi penilaian saya adalah bukti tidak mencukupi untuk siastan diteruskan, oleh itu siasatan ditutup." katanya.