Pemain berusia 36 tahun itu -- yang turun beraksi dalam penampilannya yang ke-100 pada November lalu dan memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia 2018 -- mahu memberikan aksi terbaiknya dalam saingan Piala Dunia di Perancis tahun depan.
Irish Rugby mengesahkan semalam bahawa Sexton telah menantangani kontrak baru sehingga 2023 tetapi pemain veteran dengan 103 penampilan antarabangsa itu mahu menamatkan kariernya selepas tempoh itu berakhir.
"Benar, selepas Piala Dunia 2023 -- ia terpulang kepada saya untuk bekerja keras, mempersiapkan tubuh dan minda saya di tahap sebaik mungkin dan memberikan segalanya dalam 18 bulan terakhir.
"Saya masih mempunyai dorongan untuk ke sana dan beraksi dalam Piala dunia. Saya sentiasa katakan, jika saya masih menikmati ragbi dan Ireland dan Leinster masih percaya saya mampu memberikan nilai tambah buat persekitaran mereka, ia satu keputusan yang amat mudah untuk saya menandatangani kontrak baru.
"Ada beberapa bakat hebat yang sedang meningkat di Leinster buat masa ini dan saya amat teruja dengan peluang untuk beraksi dalam Piala Dunia buat kali keempat bersama Ireland dan berpotensi untuk berkembang bersama pasukan ini sepanjang tempoh yang saya ada," katanya.
Sexton telah mewakili Ireland sebanyak 103 kali dan mencapai 500 mata dalam Kejohanan Enam Negara bulan lalu.
Pemain yang memenangi empat gelaran Piala Juara-Juara Eropah bersama Leinster itu juga sedang memburu penampilan keempatnya dalam Piala Dunia di Perancis tahun depan.
✍️ ?????? ?????!
— Irish Rugby (@IrishRugby) March 8, 2022
We're delighted to announce Ireland captain @JohnnySexton has signed a contract extension up until the end of Rugby World Cup 2023. ?#TeamOfUs | #IrishRugby