SABAH 1 SRI PAHANG 1

Sri Pahang mengikat Sabah 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024/25 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 seawal minit kesembilan hasil jaringan Stuart Wilkin yang bijak mengambil kesempatan selepas pertahanan Tok Gajah melakukan kesilapan untuk mendahului 1-0.

Beberapa siri serangan yang dirancang anak buah Fandi Ahmad akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-66 apabila Kpah Sherman menolak masuk bola hantaran lintang Sergio Aguero untuk menewaskan Damien Lim bagi jaringan penyamaan.





Begitupun, ketika Sri Pahang agresif mengatur serangan, Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan - selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR)- dia didakwa pengadil atas kesalahan mengasari pertahanan The Rhinos dan memaksa pasukan pelawat beraksi dengan 10 pemain dalam baki 15 minit terakhir.






Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan sekali lagi dalam aksi separuh akhir kedua dengan misi mara ke pentas akhir di Stadium Temerloh, Februari depan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran 2024/25 menyaksikan PDRM terpaksa akur terikat 3-3 berdepan Kedah Darul Aman di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.