Selangor FC tidak boleh goyang dengan sebarang sindiran dan perlu membuktikan mereka sememangnya layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Ia selepas Selangor menjadi mangsa sindiran Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menegaskan skuad Lembah Klang berkenaan layak ke ACL atas sumbangan mata daripada Harimau Selatan.
Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya (UM), Afizal Abu Othman, berkata skuad Gergasi Merah itu tidak boleh mengambil kritikan tersebut secara negatif manakala provokasi yang dilontarkan kepada mereka itu merupakan salah satu cabaran untuk berjaya.
Menurutnya, provokasi yang dilakukan JDT itu juga sedikit sebanyak menghangatkan musim baru liga yang akan bermula selain apa yang diperkatakan, terutama oleh pemilik pasukan, Tunku Ismail, adalah berdasarkan fakta yang sudah terbukti dicapai oleh Harimau Selatan.
"Ia menjadi cabaran buat Selangor dan mereka kena tunjukkan mereka juga hebat berdepan pasukan yang kuat dalam saingan ACL 2.
"Saya juga melihat provokasi yang dilakukan ini sebagai satu tanda perseteruan yang bagus dan Selangor kena menang satu piala musim depan. Barulah perseteruan ini akan merancakkan lagi bola sepak kita.
"Sekarang ini, kalau ikutkan, JDT nombor satu dan Selangor nombor dua. Kita ambil contoh pasukan seperti Barcelona dan Real Madrid (El Clasico), apabila kedua-dua pasukan bertemu akan ada banyak provokasi yang akan hangatkan perlawanan itu. Ini yang kita mahu lihat," katanya..
Sebelum ini, Tunku Ismail beberapa kali menyindir Selangor dan yang terbaru menyifatkan kejayaan Gergasi Merah ke ACL2 atas hasil bantuan mata AFC MA Ranking yang diraih skuad Harimau Selatan itu.
Malah, Tunku Ismail juga menegaskan JDT tidak pernah kalah kepada Selangor dalam lapan tahun terakhir ini.
Video pengenalan penyerang baru mereka, Romel Morales, juga seakan-akan menyindir Selangor apabila visual memaparkan cili benggala merah dan kuning yang dimasak sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Afizal turut percaya Selangor sedang berusaha meningkatkan kemampuan pasukan walaupun dilihat berdiam diri dengan tidak membalas sebarang provokasi daripada JDT.
"Selangor nampak tidak membalas provokasi tersebut. Namun, walaupun mereka diam, tetapi nampak mereka sedang menyusun sesuatu dan dapat difahami bahawa mereka menerima cabaran JDT itu," katanya.
-- Sinar Harian
Stadium Astro
Mon Feb 26 2024
Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Kelantan Darul Naim lwn KL City
Kelantan Darul Naim akan berdepan Kuala Lumpur City FC bagi perlawanan ke-12 Liga Super musim ini.
Piala Malaysia: Putrajaya Antlers enggan sekadar jadi pelengkap
Penolong pengurus Putrajaya Antlers, Nik Khuzaimi Nudin, memaklumkan pihak pengurusan berpuas hati dengan prestasi ditampilkan kelab itu dalam kempen Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship yang turut menyaksikan mereka layak beraksi dalam Piala Malaysia 2024/2025.
Selebriti tempatan Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak
Selebriti tempatan, Sharnaaz Ahmad, diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak, Carabat FC.
Sahin mohon penyokong Dortmund terus percaya
Nuri Sahin memohon agar penyokong Borussia Dortmund untuk kekal tenang dan percaya di sebalik permulaan perlahan mereka musim ini.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
Lionel Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini sambil percaya pemain itu lebih layak memenangi anugerah berkenaan berbanding mana-mana pemain lain.
Saya bukan penipu -- Pogba mahu kembali ke lapangan
Paul Pogba menegaskan bahawa dia bukan seorang penipu tetapi mengakui perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam ujian doping yang mengakibatkan dia digantung sehingga hari ini.
Harimau Malaya jangan pernah serik
Harimau Malaya tidak perlu serik berdepan pasukan yang jauh lebih kuat dalam usaha memberikan pendedahan dan pengalaman berguna kepada pemain negara dalam aksi peringkat tertinggi pada masa akan datang.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Harapan Baru KL City
The City Boys' dengan harapan baru serta kekal waspada dengan ancaman Kelantan Darul Naim.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman daripada penyokong Indonesia
Faktor keselamatan jadi faktor utama Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA) meminta supaya perlawanan menentang Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dipindahkan ke lokasi berbeza pada Mac tahun depan.
Piala ASEAN: Dua aksi terakhir jadi cabaran Harimau Malaya di peringkat kumpulan
Dua perlawanan terakhir Kumpulan A dilihat sebagai penentu langkah seterusnya buat Harimau Malaya dalam kempen sulung Piala ASEAN 2024, Disember ini.
D.C. United v Charlotte FC: Lesesne says hosts' confidence is sky high
Preview: D.C. United v Charlotte FC
Alcaraz beats Nadal in emotional 6 Kings Slam semi-final
Alcaraz beats Nadal in Saudi Arabia
Bompastor's 100% start continues as Chelsea overcome Twente
Chelsea stay perfect versus Twente
Man Utd confirm Mainoo out for 'a few weeks' with muscle injury
Man Utd midfielder Mainoo sidelined
Messi has 'more years to play', but unwilling to make World Cup commitment
Messi has 'more years' to play
Sinner repeats Djokovic success to reach 6 Kings Slam final
Sinner overcomes Djokovic again
Clippers star forward Leonard sidelined indefinitely
Clippers F Leonard out indefinitely
Philadelphia Union v FC Cincinnati: Curtin admits hosts' playoff chances are slim
Preview: Philadelphia v Cincinnati
Women's Super League predictions: Man Utd and Chelsea to stay perfect, winning start for Slegers?
WSL Predictions MD5
South Africa stun Australia to reach T20 World Cup final
Anneke Bosch smashed an unbeaten 74, the best score of the tournament, to guide South Africa to the final of the Women's T20 World Cup.