Arena hoki negara kehilangan seorang permata dalam sukan tersebut selepas wartawan senior, Jugjet Singh Randhawa, meninggal dunia pada usia 56 tahun di Hospital Beacon, Petaling Jaya, petang tadi.

Mendiang yang terkenal dalam membuat liputan sukan hoki telah banyak melihat jatuh bangun sukan tersebut sepanjang penglibatannya dalam dunia kewartawanan.

Sebagai seorang wartawan, mendiang bukan sahaja membuat liputan untuk menyampaikan perkembangan semasa kepada masyarakat tetapi juga sebagai seorang individu yang mencintai sukan hoki dan hidup dengan sukan tersebut serta mempunyai harapan besar untuk melihat sukan hoki negara mencapai kejayaan di peringkat dunia.

Rakan seperjuangan, Bazly Azmi meluahkan kesedihan di atas pemergian mendiang di laman rasmi Facebook miliknya selepas hampir dua dekad mengikuti perkembangan dan warni-warni sukan hoki di Malaysia bersama mendiang.