Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sah menandatangani khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.

Perkara itu disahkan oleh laman rasmi media sosial JDT di X selepas khabar angin yang bertipu kencang di beberapa platform berkenaan pemain berstatus ejen bebas itu akan ke selatan Tanah Air.


Pengumuman itu sekali gus mengesahkan laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang dikongsikan menerusi satu ciapannya di X.

Rodriguez merupakan seorang pemain sayap dan penyerang yang pernah mewakili skuad senior Madrid sebanyak 63 kali dari 2011 hingga 2016, di mana dia turut menjaringkan 13 gol sepanjang tempoh itu selain pemain berusia 31 tahun itu sudah menggondol trofi UEFA Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak dua kali.

Dia kemudian berkhidmat bersama PSG sehingga 2020 dengan 12 penampilan dan satu gol sebelum dipindahkan beberapa kelab seperti Stoke City dan Real Betis.