Muzaffar Musa
Thu Sep 15 2022
Roger Federer mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada arena tenis profesional selepas tamat saingan Piala Laver di London minggu depan.
Pemain legenda tenis dunia itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan pemain Poland, Hubert Hurkacz, dalam suku akhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu, di mana dia kemudian menjalani pembedahan lutut buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan.
"Seperti yang anda semua tahu, sepanjang tiga tahun lalu telah memberikan saya cabaran dalam bentuk kecederaan dan pembedahan," kata Federer dalam media sosial.
"Saya berusaha keras untuk kembali ke keadaan kompetitif tetapi saya juga sedar kapasiti dan had kepada badan saya, dan mesejnya kepada saya kebelakangan ini amat jelas, saya sudah berusia 41 tahun.
"Saya sudah bermain lebih daripada 1,500 perlawanan sepanjang 24 tahun. Tenis telah melayani saya dengan lebih pemurah berbanding apa yang pernah saya impikan dan kini, saya perlu menyedari bila masanya untuk saya menamatkan karier kompetitif saya.
"Saingan Piala Laver di London minggu depan akan menjadi acara ATP terakhir buat saya. Sudah pasti saya masih akan bermain tenis pada masa akan datang cuma ia bukan dalam grand slam atau jelajah.
"Ini adalah keputusan yang berbelah-bahagi kerana saya akan merindukan segala-galanya yang telah diberikan jelajah ini buat saya tetapi pada masa sama, terlalu banyak perkara untuk diraikan," katanya lagi.
Bagi saingan Piala Laver, yang akan mengambil tempat pada 23-25 September ini, Federer akan mewakili Pasukan Eropah bersama Rafael Nadal, Novak Djokovic, Andy Murray, Casper Ruud dan Stefanos Tsitsipas.
Mereka akan bertemu Pasukan Dunia yang terdiri daripada Taylor Fritz, Felix Auger-Aliassime, Diego Schwartzman, Frances Tiafoe, Alex de Minaur dan Jack Sock.
Ia merupakan satu perjalanan yang indah -- Roger Federer
Roger Federer berkata dia telah melalui 'perjalanan menakjubkan' selepas perlawanan terakhir dalam karier sebagai pemain tenis berakhir dengan kekalahan ketika bergandingan dengan Rafael Nadal dalam acara beregu di Piala Laver awal pagi tadi.
Nadal karang mesej penuh emosi selepas Federer umum akan bersara
Rafael Nadal menulis satu mesej penuh beremosi buat "teman dan seterunya", Roger Federer, selepas pemain legenda Switzerland itu mengesahkan perancangannya untuk bersara dalam masa terdekat.
Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver
Roger Federer mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada arena tenis profesional selepas tamat saingan Piala Laver di London minggu depan.
Kejohanan Wimbledon: Isner pecah rekod servis ace Karlovic
Satu lagi persembahan hebat daripada John Isner di Wimbledon bermakna dia kini mempunyai rekod Jelajah ATP terbanyak.
Roger Federer mahu kembali sertai Jelajah ATP tahun depan
Roger Federer meluahkan keinginannya untuk melakukan penampilan semula dalam Jelajah ATP tahun depan selepas tidak pernah beraksi sejak tewas dalam Kejohanan Wimbledon 2021.
Roger Federer tarik diri daripada dua kejohanan kerana cedera lutut berulang
Roger Federer telah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Kanada dan Masters Cincinnati bagi menumpukan kepada pemulihan kecederaan lututnya.
Terbuka AS: Federer tersenarai dalam undian
Roger Federer berada dalam undian untuk Terbuka AS, tetapi masih belum jelas sama ada dia akan mengambil bahagian dalam grand slam terakhir bagi tahun ini.
Tokyo 2020: Federer tarik diri ekoran kecederaan
Roger Federer telah menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo kerana mengalami kecederaan lutut ketika turun beraksi di gelanggang rumput.
Kejohanan Wimbledon: Hurkacz musnahkan hasrat gelaran kesembilan Federer
Hasrat Roger Federer untuk meraih gelaran kesembilan dalam Kejohanan Tenis Wimbledon tidak kesampaian sebaik tewas straight-set kepada Hubert Hurkacsz dalam suku akhir awal pagi tadi.
Kejohanan Wimbledon: Federer ke suku akhir tewaskan Sonego
Roger Federer melangkah ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ke-18 selepas memperoleh kemenangan straight set ke atas Lorenzo Sonego awal pagi tadi.
Atlanta United v Minnesota United: Five Stripes not concerned by winless run
Atlanta United have not won in four games, and have the in-form Minnesota United next up on Saturday.
D.C. United v Philadelphia Union: Gazdag eyes response after landmark goal overshadowed
Daniel Gazdag became the Philadelphia Union's all-time leading goalscorer earlier this week, but it counted for little.
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli
Europa Conference League: Aston Villa stunned by Olympiacos
Villa stunned in Conference League
Europa League: Wirtz and Andrich goals put Leverkusen on the brink, Marseille hold Atalanta
Leverkusen put one foot in final
'Just work hard mate' – Postecoglou's simple answer to Tottenham's tricky question
Hardy work the key for Spurs
Chelsea 2-0 Tottenham: Chalobah and Jackson goals dent Spurs' top-four hopes
Report: Chelsea 2-0 Tottenham
Campana not concerned by competing with Messi for Inter Miami records
Preview: Inter Miami v NYRB