Bayern Munich bertegas tidak akan menjual Robert Lewandowski walaupun jika menerima tawaran berjumlah EUR150 juta (RM708 juta), kata pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge.
Ketua jurulatih, Niko Kovac, minggu lalu mengakui bahawa penyerang itu sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab itu selepas mengharungi empat tahun yang cemerlang di Allianz Arena.
Real Madrid dikaitkan dengan penyerang berusia 29 tahun itu tatkala Maurizio Sarri turut dilaporkan menjadikannya sebagai sasaran buat Chelsea ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris berbaki sembilan hari lagi.
Bagaimanapun, Rummenigge menegaskan tiada nilai wang yang mampu ditawarkan kepada Bayern untuk mengubah pendirian melepaskan pemain Poland itu yang masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun.
"Mengenai Lewandowski, kami mahu memberi peringatan buat semua orang di dalam dan di luar kelab. Bayern Munich adalah kelab yang berbeza berbanding pasukan lain yang sering tunduk apabila ditawarkan nilai lumayan," katanya.
"Kami mahu menegaskan bahawa pintu sentiasa tertutup. Kami berpuas hati dengan dia di dalam posisinya dan hanya ada beberapa pemain yang boleh dibandingkan.
"Kami tidak bercadang untuk menjualnya dan ia tidak akan berubah walaupun jika ada tawaran bernilai hampir RM708 juta. Pemain dengan kualiti terbaik akan kekal bersama kami."
Lewandowski telah memenangi empat trofi Bundesliga, dua Piala Super Jerman dan satu Piala Jerman sejak menyertai Bayern dari Borussia Dortmund pada 2014.
Dia menamatkan tiga daripada lima musim di Jerman selaku penjaring terbanyak, termasuk musim lalu, selepas menyumbat 29 gol di pentas Bundesliga.
Penulis Jemputan
Wed Aug 01 2018
LaLiga: Lewandowski nafi spekulasi, kekal komited di Barcelona
Robert Lewandowski kekal komited di Barcelona walaupun terdapat spekulasi mengenai masa depannya.
LaLiga: Gol lewat permainan Robert Lewandowski pastikan kemenangan dramatik Barcelona
Robert Lewandowski menjaringkan gol sepakan penalti dalam waktu kecederaan untuk memastikan Barcelona meraih kemenangan tipis 1-2 ke atas Celta Vigo untuk kekal dalam perebutan kejuaraan LaLiga di Abanca-Balaidos awal pagi tadi.
LaLiga: Dua gol Lewandowski lengkapkan kebangkitan Barcelona atasi Alaves
Robert Lewandowski muncul penyelamat Barcelona ketika bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Alaves 2-1 dalam perlawanan LaLiga di Estadi Olimpic Lluis Companys awal pagi tadi.
Lewandowski nyata hasrat bergandingan bersama Messi musim depan
Robert Lewandowski menyatakan hasratnya untuk melihat Lionel Messi kembali ke Barcelona menjelang musim depan.
Lewandowski terlepas El Clasico akibat kecederaan hamstring
Robert Lewandowski dijangka terlepas aksi separuh akhir pertama Copa de Rey Barcelona di Real Madrid Khamis ini kerana kecederaan hamstring.
Espanyol kesal Lewandowski terima layanan istimewa RFEF
Espanyol menyifatkan keputusan untuk menangguhkan penggantungan penyerang Barcelona, Robert Lewandowski, sebagai satu bentuk ketidakadilan yang ketara.
LaLiga: Lewandowski bengang digantung tiga perlawanan
Robert Lewandowski bengang apabila terpaksa menyaksikan tiga perlawanan Barcelona dari bangku penonton selepas digantung berikutan insiden sewaktu menentang Osasuna bulan lalu.
Piala Dunia Qatar: Lewandowski tidak tolak kemungkinan beraksi empat tahun lagi
Robert Lewandowski 'tidak takut' bermain di Piala Dunia akan datang, tetapi kapten Poland itu mengakui pasukannya memerlukan perubahan taktikal.
Piala Dunia Qatar: Michniewicz pertahan aksi Lewandowski
Czeslaw Michniewicz mempertahankan persembahan Robert Lewandowski selepas Poland melangkah ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia walaupun tewas kepada Argentina pada perlawanan akhir Kumpulan C yang penuh dramatik awal pagi tadi.
Piala Dunia Qatar: Lewandowski akhiri penantian sumbat gol sulung
Robert Lewandowski menamatkan penantian untuk menjaringkan gol pertama dalam saingan Piala Dunia ketika Poland mengambil langkah ke hadapan untuk mara ke peringkat kalah mati buat pertama kali dalam tempoh 36 tahun selepas mengatasi Arab Saudi 2-0 sebentar tadi.
NBA: Siakam leads Pacers past Knicks to force Game 7 in East semifinals
Pacers force Game 7 in East semis
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place
Premier League title race destiny is 'in our hands', says Man City boss Guardiola
Preview: Man City v West Ham