CELTA VIGO 1 BARCELONA 2

Robert Lewandowski menjaringkan gol sepakan penalti dalam waktu kecederaan untuk memastikan Barcelona meraih kemenangan tipis 1-2 ke atas Celta Vigo untuk kekal dalam perebutan kejuaraan LaLiga di Abanca-Balaidos awal pagi tadi.

Lewandowski sebelum itu meletakkan pasukannya di depan menerusi penyudah gemilangnya pada penghujung babak pertama tetapi Iago Aspas kemudian memberikan petanda bahawa Celta sekurang-kurangnya mampu meraih satu mata apabila percubannya yang terbias menuju ke jaring Barca untuk mengikat kedudukan.

Ketika kedua-dua pasukan kelihatan akan memperoleh satu mata, Barca memperoleh sepakan penalti dalam waktu kecederaan.

Bagaimanapun, percubaan pertama Lewandowski diselamatkan penjaga gol, Vicente Guaita, tetapi pengadil mengarahkan agar sepakan itu diambil semula dan peryerang jelas tidak mensia-siakan peluang kedua itu untuk memastikan kemenangan Barca.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan gergasi Catalan berkenaan hanya ketinggalan dua mata di belakang pasukan di tangga kedua LaLiga, Girona, dan tujuh mata di belakang pendahulu dan seteru tradisi, Real Madrid.