Daeng Dhadyry Dahasry
Sat Dec 16 2023
Richarlison mencetak gol dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Mei 2022
Pemain kelahiran Brazil itu kini telah menjaringkan sebanyak 53 gol dan 22 assist sekaligus menyamai rekod dilakar Gareth Bale dalam saingan EPL.
Gol ketiga Richarlison dalam dua perlawanan menyaksikan Tottenham Hotspur langkah kanan dalam aksi menentang Nottingham Forest sebelum Dejan Kulusevski pastikan skuad kendalian Ange Postecoglou capai kemenangan biarpun beraksi dengan 10 pemain selepas Yves Bissouma dilayangkan kad merah pada minit ke-70.
Keputusan ini turut membawa Spurs di tangga kelima liga berkongsi mata bersama Manchester City yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.
Forest pula huni tangga ke-16 liga, lima mata di atas zon relegasi, namun hanya raih satu kemenangan daripada 13 perlawanan terakhir jelas tambah tekanan buat pengedalinya, Steve Cooper.
Spurs mendominasi majoriti babak pertama, dengan jaringan Richarlison di masa tambahan sebelum menuju ke bilik persalinan.
Anak buah Copper berjaya mengikat kedudukan satu sama menjelang satu jam perlawanan, namun jaringan Anthony Elanga tidak dikira akibat ofsaid ketika menerima hantaran oleh Neco Williams.
Kesilapan penjaga gol Matt Turner membawa padah di separuh masa kedua, pantas dihukum oleh Kulusevski yang merembat padu merobek gawang Forest buat kali kedua.
Jaringan Kulusevski turut membawa kepada rekod tersendiri buat dirinya, menjadi pemain keempat dalam sejarah kelab Tottenham selepas Dimitar Berbatov, Son Heung-min dan Harry Kane untuk mencatat jaringan dan assist berturut di laman lawan.
EPL: Dua gol Isak pastikan Newcastle menang bergaya ke atas Tottenham
Kecemerlangan Alexander Isak di St James Park berterusan apabila dua jaringannya membantu Newcastle United membelasah Tottenham 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
EPL: Rodrigo Muniz wira Fulham kejutkan Tottenham
Rodrigo Muniz menjaringkan dua gol untuk menafikan hasrat Tottenham ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membantu Fulham meraih kemenangan 3-0 di Craven Cottage awal pagi tadi.
Heung-min akhirnya bersuara, minta peminat maafkan Kang-in
Tottenham Hotspur dan kapten pasukan kebangsaan Republik Korea, Son Heung-min, akhirnya menjernihkan situasi mengenai pertelingkahan ketika saingan Piala Asia antara dia dan pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in malah menyeru peminat untuk menerima bahawa pemain muda itu telah meminta maaf dan memaafkannya.
EPL: Ange Postecoglou 'tidak minat' ke Liverpool
Ange Postucoglou berkata Tottenham masih terlalu jauh untuk bermain cara bola sepak yang dimahukannya dan tidak berminat dengan cakap-cakap bahawa dia akan menggantikan Jurgen Klopp di Liverpool musim ini.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia lalu, yang menyebabkan penyerang itu terseliuh jari.
Persembahan paling teruk Tottenham biarpun keputusan seri?
Sebal, kecewa, marah – jelas terpancar di raut wajah rata-rata pemain Tottenham yang terkedu dengan jaringan penyamaan Everton disempurnakan Jarrad Branthwaite pada minit-minit akhir permainan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park!
Piala FA: Gol Pedro Porro pastikan Tottenham singkir Burnley
Jaringan dari jarak 25 ela Pedro Porro membantu Tottenham ke pusingan keempat Piala FA Inggeris dengan meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Burnley awal pagi tadi.
EPL: Pape Matar Sarr tandatangani kontrak baru bersama Tottenham sehingga 2030
Pemain tengah Tottenham Hotspur, Pape Matar Sarr, memperbaharui kontrak dengan kelab itu untuk tempoh enam setengah tahun.
Richarlison menyamai rekod Gareth Bale di EPL
Richarlison mencetak gol dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Mei 2022
EPL: Spurs hilang khidmat Rodrigo Bentancur hingga Februari gara-gara cedera buku lali
Pemain tengah Tottenham, Rodrido Bentancur, terpaksa berehat sehingga Februari depan selepas mengalami koyakl ligamen buku lali, demikian dilaporkan agensi berita PA.
Ipswich Town promoted to Premier League after 22-year absence
Ipswich promoted to Premier League
Juve boss Allegri thinks Roma will be hungry after Leverkusen loss
Allegri: Roma will be hungry
Slot focused on Feyenoord task as Liverpool speculation swirls
Slot focused on Feyenoord
Kirby hopes 'job done' after leaving Chelsea in 'better place'
Kirby waves goodbye to Chelsea
Klopp has '500 reasons' for Liverpool revenge against Spurs after VAR controversy
Preview: Liverpool v Spurs
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions
Man City tantalisingly close to WSL glory ahead of huge Arsenal clash
Man City face Arsenal in huge clash
Atletico Madrid must improve in top-four chase, says Simeone
Simeone: Atletico must improve
Emery demands Villa adapt after European defeat before Seagulls visit
Preview: Brighton v Aston Villa
Doncic: 'It's a pleasure' working with 'unbelievable' Irving
Doncic hails 'unbelievable' Irving