Para WWE Universe dan peminat sukan gusti seluruh dunia pastinya teruja untuk menyaksikan acara WWE Raw pada minggu ini. Kerana buat julung-julung kalinya, edisi Raw kali ini akan menyaksikan kemunculan semula beberapa bintang lagenda terhebat bagi memeriahkan acara tersebut.
Kerinduan peminat terhadap nama-nama besar seperti Hulk Hogan, The Nature Boy Ric Flair, Stone Cold Steve Austin, dan De-Generation X yang dianggotai Shawn Michaels, Triple H, Road Dogg dan X-Pac bakal terubat apabila kesemua mereka telah mengesahkan kehadiran ke acara bersejarah ini.
Tidak cukup dengan itu, bintang-bintang yang pernah menghangatkan zaman Attitude Era seperti Rikishi, Godfather, Ron Simmons, Mick Foley, Razor Ramon, Mark Henry, Hurricane Helms dan ramai lagi turut akan bersama memeriahkan episod bersejarah itu nanti.
Bagi yang mendambakan semula kemunculan bekas-bekas diva seperti Melina, Kaitlyn, Kelly Kelly, Eve Torres, Candice Michelle, Alundra Blayze dan Alicia Fox, ia semestinya sesuatu yang amat dinantikan kerana para jelitawan ini juga telah disenaraikan untuk muncul bagi mendepani bintang-bintang wanita WWE di era ini seperti Alexa Bliss, Becky Lynch dan yang seangkatan dengannya.
Bakal bersiaran dari Amelie Arena di Tampa, Florida, tidak mustahil anak jati tempatan yang kini telah menempa nama di persada perfileman Hollywood iaitu The Rock juga akan turut menyertai kelompok bintang lagenda yang lain. Namun ia masih menjadi teka-teki dan barangkali WWE ingin memberi kejutan buat peminat dengan tidak mengumumkan nama The Great One dalam acara ini.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan acara WWE Raw pada hari Selasa, jam 10 malam di rangkaian Astro Supersport 4 saluran 817 dan 836 (HD).
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Hafiz Azwany Taher
Mon Jul 22 2019
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off
New York City FC v Colorado Rapids: Hosts’ morale strong as Cushing aims to extend winning run
Preview: NYCFC v Rapids
Swiatek topples Sabalenka in thrilling Madrid Open final
Swiatek wins Madrid Open