Pengkritik sukan terkenal, Frank Leboeuf, berasakan Portugal berpeluang untuk memenangi saingan Kejohanan Eropah 2024 (EURO) sekiranya kelibat Cristiano Ronaldo tidak beraksi di atas pandang.

Bintang Al Nassr itu mempunyai rekod cemerlang bersama Portugal dengan mengumpul 128 jaringal gol dalam 208 perlawanan serta 46 bantuan jaringan.

Begitupun, pemain berusia 39 tahun itu masih berharap untuk terus menyumbangkan khidmatnya dalam perlawanan peringkat antarabangsa buat negaranya sebelum bersara daripada arena bola sepak.

"Bagi saya, pasukan Portugal merupakan salah satu pencabar dalam EURO 2024 kali ini. Saya sebenarnya berfikir mereka boleh menang tetapi sekiranya Cristiano Ronaldo tidak bermain." katanya.