Muzaffar Musa
Wed Jun 30 2021
Giannis Antetokounmpo mengalami kecederaan lutut kiri ketika Milwaukee Bucks tewas 110-88 kepada Atlanta Hawks untuk kedua-dua pasukan kini terikat 2-2 dalam perlawanan keempat siri Final Persidangan Timur hari ini.
Antetokounmpo (14 mata) tersalah mendarat dan mencederakan lutut kirinya pada tujuh minit terakhir suku ketiga perlawanan di Atlanta itu.
MVP NBA dua kali itu bersaing merebut bola di depan jaring dengan John Collins dan Clint Capela sebelum pendaratan kurang kemasnya mengakibatkan dia terhincut-hincut meninggalkan gelanggang ketika Bucks ketinggalan 52-62.
Atlanta -- yang beraksi tanpa Trae Young gara-gara kecederaan bengkak di bahagian tulang kaki -- memanfaatkan ketiadaan Antetokounmpo untuk kini mengikat kedudukan 2-2 dalam penentuan ke Final NBA.
Young tidak pernah beraksi sejak insiden di mana dia terpijak kaki pengadil, Sean Wright, dalam perlawanan ketiga siri itu di Farm Arena.
Bagaimanapun, Hawks membuktikan bahawa mereka tidak terkesan tanpa pemain bintang itu apabila Lou Williams dan Bogdan Bogdanovic membintangi kemenangan terbaru mereka itu ke atas pasukan pilihan ketiga, Bucks.
Wiliams menghasilkan 21 mata, tujuh jaringan daripada sembilan percubaannya dalam aksi playoff pertamanya sebelum Bogdanovic menambah 22 mata lagi.
Aksi playoff NBA seterusnya akan tertumpu kepada Final Persidangan Barat di mana Phoenix Suns berpeluang mengesahkan tempat ke Final NBA seandainya menewaskan Los Angeles Clippers dalam perlawanan keenam di laman lawan pagi esok.
NBA: Kombinasi Young, Capela bantu Hawks atasi 76ers
Gandingan Trae Young dan Clint Capela mengawal rentak permainan membantu Atlanta Hawks menang 104-95 ke atas Philadelphia 76ers sebentar tadi.
NBA: Tatum pacu kemenangan kelapan berturut-turut Celtics
Jayson Tatum menjaringkan 38 mata termasuk empat jaringan tiga mata ketika membantu Boston Celtics merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut ketika menewaskan Atlanta Hawks 105-95 dalam perlawanan NBA hari ini.
Playoff NBA: Bucks ke final singkir Hawks
50 tahun selepas memenangi buat kali pertama dan satu-satunya gelaran NBA, Milwaukee Bucks kini akan kembali bersaing dalam perebutan kejuaraan itu.
Playoff NBA: Giannis belum tentu diturunkan Bucks dalam perlawanan keenam
Giannis Antetokounmpo masih belum pasti dapat diturunkan Milwaukee Bucks menjelang penentuan ke Final NBA esok manakala pasukan lawan, Atlanta Hawks, juga masih belum tentu dapat mempertaruhkan pemain bintang, Trae Young.
Playoff NBA: Bucks hampiri final walaupun tanpa Giannis
Milwaukee Bucks semakin menghampiri Final NBA selepas menewaskan Atalanta Hawks 123-112 dalam perlawanan kelima siri Final Persidangan Timur hari ini.
Playoff NBA: Giannis cedera lutut, Hawks samakan kedudukan
Giannis Antetokounmpo mengalami kecederaan lutut kiri ketika Milwaukee Bucks tewas 110-88 kepada Atlanta Hawks untuk kedua-dua pasukan kini terikat 2-2 dalam perlawanan keempat siri Final Persidangan Timur hari ini.
Playoff NBA: Giannis, Middleton bantu Bucks tumbangkan Hawks
Giannis Antetokounmpo dan Khris Middleton mengepalai aksi dominan Milwaukee Bucks ketika menumbangkan Atlanta Hawks 113-102 dalam perlawanan ketiga siri final Persidangan Timur playoff NBA hari ini.
Playoff NBA: Giannis pastikan Bucks ikat Hawks dalam perlawanan kedua
Giannis Antetokounmpo memacu Milwaukee Bucks membenam Atalanta Hawks 125-91 dalam perlawanan kedua siri final Persidangan Timur hari ini, sekali gus mengikat kedudukan semasa 1-1.
Playoff NBA: Aksi cemerlang Young bantu Hawks jinakkan Bucks
Atlanta Hawks meneruskan pemburuan penamat indah kisah dongeng mereka musim ini apabila Trae Young mempamerkan aksi luar biasa yang membantu kemenangan 116-113 ke atas Milwaukee Bucks padam perlawanan pertama siri final Persidangan Timur hari ini.
Playoff NBA: Embiid kecewa gagal menang MVP, fokus bantu 76ers
Joel Embiid meluahkan kekecewaannya selepas tewas kepada Nikola Jokic dalam perebutan Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tetapi kini bertekad untuk membantu Philadelphia 76ers bergelar juara NBA.
Monza 1-2 Juventus: McKennie and Gonzalez get Bianconeri back to winning ways
Report: Monza 1-2 Juventus
Ayub hits another ton as Pakistan seal historic ODI whitewash in South Africa
Ayub ton guides Pakistan to victory
Tiger Woods' son Charlie hits first hole-in-one at PNC Championship
Charlie Woods hits hole-in-one
Ancelotti: Mbappe's self-criticism has fuelled his Real Madrid rise
Ancelotti lauds Mbappe's rise
Fonseca 'on the right track' to emulate idol Sinner after Next Gen triumph
Fonseca wins Next Gen ATP Finals
Atalanta 3-2 Empoli: De Ketelaere double earns hosts 13th Serie A win
Report: Atalanta 3-2 Empoli
Zheng to miss United Cup and 'get ready' for Australian Open
Zheng to miss United Cup
Slot lauds Liverpool display after 'spectacular' win
Slot: Spurs games was 'spectacular'
Postecoglou proud of Tottenham despite 'painful' defeat to Liverpool
Postecoglou proud of Spurs
'It makes me proud' – Salah revels in Premier League records
Salah breaks a pair of PL records