Saufi Tahir
Sat May 04 2024
Skuad hoki negara memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan langkah kiri selepas tewas kepada Pakistan 4-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.
Malaysia berjaya mengikat Pakistan 1-1 dalam awal suku pertama dengan jaringan awal pakistan hadir melalui pukulan sudut penalti melalui Sufyan Khan seawal minit ke-9 selepas penjaga gawang Malaysia tidak berjaya menampan kemas.
Begitupun gerakan bijak Fitri Saari menghantar bola kepada Faizal Saari dengan tidakan susulan menghantar bola dihadapan gawang lawan mudah disempurnakan oleh Azrai Aizat untuk memberikan Malaysia gol penyamaan.
Aksi agresif Malaysia menyerang kubu lawan dalam suku kedua perlawanan membuahkan hasil positif apabila jaringan Malaysia hadir menerusi Azrai Aizat sekali lagi berpunca dari pukulan sudut penalti.
Dalam pada itu, pengadil perlawanan memberikan pukulan sudut penalti pada penghujung suku ketiga selepas pemain Pakistan menolak pemain Malaysia sekaligus membuahkan hasil dengan Azrai Aizat menyinar menjadi 'hatrik' dengan gol ketiga untuk mengakhiri dengan keputusan 3-1.
Begitupun, corak menyerang Pakistan dalam suku keempat berjaya merapatkan jurang kedudukan selepas Sufyan Khan menyudahkan pukulan sepakan penalti dengan pukulan yang kencang serta jaringan penyamaan 3-3 Pakistan hadir menerusi Zikriya Hayat.
Ketika perlawanan masih berbaki lapan minit The Speedy Tigers berjaya mendahului sekali lagi menerusi jaringan Shello Silverius tetapi dua jaringan Pakistan yang hadir dari pukulan sudut penalti dan pukulan penalti di minit terakhir perlawanan menghukum skuad kendalian Sarjit Singh untuk tewas 4-5.
Paris 2024: Kehidupan Arshad penuh kedaifan sebelum tuai emas di Olimpik
Kebanyakan hari yang perlu dilalui keluarganya adalah dengan menahan kelaparan akibat tiada makanan yang mencukupi dan perlu melakukan pelbagai aktiviti pekerjaan demi kelangsungan hidup.
Piala Sultan Azlan Shah: Pakistan kecewakan Malaysia
Skuad hoki negara memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan langkah kiri selepas tewas kepada Pakistan 4-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.
Piala Asia: Misi tamatkan badi dengan Pakistan -- Fitri
Pemain tengah hoki negara, Fitri Saari, berlepas ke Dhaka, Bangladesh, malam tadi dengan misi menamatkan kemarau kemenangan ke atas Pakistan sejak 35 tahun lalu apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi empat terbaik, petang ini.
Iraola: Bournemouth 'couldn't make difference in final third' during Palace stalemate
Iraola: We couldn't make difference
Injury rules Halep out of Australian Open
Halep ruled out of Australian Open
Duran dismissal 'hard to accept' as Emery rues red card
Duran red card 'hard to accept'
Guardiola warns against quick fixes for Man City's slump
Pep: No quick fix for Man City
Newcastle boss Howe 'wouldn't swap Isak for anyone'
Howe: 'I wouldn't swap Isak'
Burnley end Blades' unbeaten home record, Lampard's Coventry thump Rooney's Plymouth
Championship review
Maresca: Fulham defeat not a missed chance in Premier League title race
Maresca: Not a chance missed in PL
Southampton 0-1 West Ham: Bowen spoils Juric's bow
Report: Southampton 0-1 West Ham
Chelsea 1-2 Fulham: Muniz strikes late to seal comeback win
Report: Chelsea 1-2 Fulham
Newcastle United 3-0 Aston Villa: Hosts run riot after Duran red card
Report: Newcastle 3-0 Aston Villa