Di sebalik cerita kejayaan kemaraan pasukan ke pentas final, sudah pasti ada tonggak utama yang beraksi cemerlang merealisasikan impian ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Piala Mirnawan.
Pemain yang dijulang sebagai wira Malaysia Tigers adalah Nik Jeremy Heidi Nik Faizal Hadi.
Memiliki aura, karisma dan keyakinan tinggi, Nik Jeremy terus mengorak langkah dan membuktikan, mengapa dirinya dicanang sebagai penjaga gol masa hadapan skuad senior negara.
Berusia 16 tahun, Nik Jeremy menyelamatkan tiga percubaan Malaysia Speedy di penentuan penalty shoot out sekaligus jadi watak kemenangan Malaysia Tigers.
Menjelang aksi final bertemu Korea Selatan -- Nik Jeremy ada misi peribadi yang belum selesai selepas dibolosi tiga kali pada pertemuan peringkat kumpulan sehingga tewas 1-3 kepada Korea.
Pertembungan epik dua wakil negara di separuh akhir Piala Mirnawan memihak Malaysia Tigers selepas mengungguli penentuan penalty shoot out 3-1 ke atas Malaysia Speedy.
Edisi ketiga Piala Mirnawan menemukan dua pasukan remaja negara di peringkat empat terbaik di bawah kepimpinan jurulatih berkaliber, Izwan Firdaus dan Sufian Mohamad.
Skuad kendalian Izwan Firdaus, Malaysia Tigers mempersembahkan kualiti permainan terpuji disamping menyerlahkan kepimpinan pemain yang diuji dengan keputusan pengadil perlawanan pada saat getir.
Malaysia Tigers terlebih dahulu meledak jaringan pembukaan menerusi flicker utama, Muhammad Ashrafeel Iman pada minit ke-31.
Selain berdepan senario jaringan dibatalkan pengadil, Malaysia Tigers turut diuji dengan jaringan penyamaan di penghujung saingan hasil sumbangan Amran Kashimi Ahmad Kamil.
Namun cerita kebangkitan Malaysia Speedy berakhir penentuan shoot out dan terpaksa akur sambil Malaysia Tigers mara ke final.
Ammar Hakim
Fri Nov 08 2024
ACT Wanita 2024: Malaysia dihimpit kekalahan kedua bertemu China
Skuad hoki wanita negara sekali lagi terpaksa menelan perit apabila tewas dalam perlawanan kedua bertemu China dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2024, sebentar tadi.
ACT Wanita 2024: India benam Malaysia dalam aksi pertama
Malaysia terpaksa berdepan permulaan langkah kiri apabila tewas kepada India dalam aksi pembukaan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2024 sebentar tadi.
Piala Mirnawan 2024: Malaysia tidak ketandusan pelapis, pemain sentiasa pamer kualiti tinggi
Kejayaan Malaysia Tigers dalam Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 mendapat pujian tinggi selepas menjuarai edisi kali ini menumpaskan salah satu kuasa besar dunia hoki, Korea Selatan.
Piala Mirnawan 2024: Edisi 2025 lebih banyak pasukan luar negara akan sertai
Jumlah permohonan yang diterima seharusnya menjadi kayu pengukur kepada kejayaan penganjuran Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 yang sudah melabuhkan tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
ACT Wanita 2024: Nasihin Nubli percaya kemampuan anak buah mampu tewaskan India
Jurulatih skuad hoki senior wanita kebangsaan, Nasihin Nubli, menuntut anak buahnya mempamerkan persembahan memukau bagi menumpaskan juara bertahan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023, India.
Tetamu Nadi Weekend: Malaysian Tigers juara Piala Mirnawan 2024
Tetamu Nadi Weekend hari ini akan menampilkan juara Piala Mirnawan 2004 iaitu Malaysian Tigers.
Piala Mirnawan 2024: Malaysia Tigers benam Korea Selatan untuk muncul juara
Malaysia Tigers mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 kategori lelaki selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Piala Mirnawan: Nik Jeremy wira Malaysia Tiger
Di sebalik cerita kejayaan kemaraan pasukan ke pentas final, sudah pasti ada tonggak utama yang beraksi cemerlang merealisasikan impian ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Piala Mirnawan.
ACT Wanita 2024: India tidak mustahil untuk ditewaskan -- Nasihin
Jurulatih skuad hoki senior wanita kebangsaan, Nasihin Nubli, mengakui meskipun juara bertahan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023, India memiliki kemampuan luar biasa, namun tidak mustahil untuk ditewaskan.
The Speedy Tigers belum sampai tahap tekan butang panik
Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, menganggap belum sampai masanya untuk Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menekan butang panik berikutan prestasi hambar skuad hoki lelaki negara di pentas antarabangsa kebelakangan ini.
ATP Finals: Sinner stays perfect with assured Fritz victory
ATP Finals: Sinner downs Fritz
Harwood-Bellis 'didn't quite believe' first senior England call-up
Harwood-Bellis surprised by call-up
Chelsea quartet left at home as Bompastor rotates squad for Celtic clash
Chelsea missing key players
Slegers maintains unbeaten Arsenal start with statement Juventus win
Slegers remains unbeaten at Arsenal
Springboks aiming to have 'two best teams in the world', says Esterhuizen
Springboks want best two teams
Lawrence aiming to overhaul 'idol' McIlroy in Race to Dubai chase
Lawrence relishing McIlroy test
Upamecano: Mbappe shown 'lack of gratitude' in latest France omission
Upamecano: Mbappe is missed
Gakpo feels 'more dangerous' for Liverpool under Slot
Gakpo feels more dangerous for Reds
Armstrong returns to Scotland squad, Morgan and Adams withdraw
Armstrong joins Scotland squad
ATP Finals: Medvedev 'blocks out the noise' to down De Minaur
ATP Finals: Medvedev up and running