Saufi Tahir
Sat Jul 06 2024
Selangor mara ke pusingan separuh akhir selepas memenangi perlawanan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Perlawanan suku akhir kedua menyaksikan perlawanan terikat 3-2 dengan agregat 4-4 sekaligus membawa cabaran Selangor dan Kuching City ke penentuan sepakan penalti dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi
Selangor kembali mengimbangi perlawanan dalam separuh masa pertama setelah memadam kelebihan Kuching City sebelum ini untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Alvin Fortes dan Ahmad Zikri Khalili, manakala jaringan pertama Kuching City dijaringkan oleh Nur Shamie Iszuan.
Begitupun, perlawanan terhenti seketika pada minit ke-80 sekitar 15 minit susulan masalah lampu limpah terpadam.
Menuju minit akhir perlawanan, kad merah dilayangkan kepada tonggak tengah Selangor, Yohandry Orozco, selepas insiden pergaduhan dan tindakan susulannya yang menyiku Diego Baggio Test.
Begitupun, jaringan pada minit akhir Alvin Fortes mengembalikan peluang Selangor ke separuh akhir sebelum beberapa minit berselang bola tampanan tidak kemas Sam Somerville memastikan Kuching City mengheret Selangor ke masa tambahan.
Malang terus menimpa kem merah kuning selepas pemain gantian Reziq Bani Hani dilayangkan kad merah selepas mengangkat kaki tinggi mengenai pemain Kuching untuk memaksa Selangor bermain dengan sembilan pemain.
Skuad kendalian Aidil Sharin tidak berjaya mengambil kesempatan terhadap Selangor yang bermain dengan kekurangan dua pemain dalam masa tambahan untuk membawa aksi suku akhir ke penentuan sepakan penalti.
Selangor berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas sepakan Filemon Anyie Standly tidak berjaya menyempurnakan jaringan dalam penentuan sepakan penalti.
Terengganu bakal menjadi cabaran anak buah Nidzam Jamil dalam saingan separuh akhir Piala FA nanti.
Turut mencuri perhatian adalah kehadiran Faisal Halim di MBPJ bagi memberikan sokongan dan meraikan kemenangan buat rakan sepasukan beraksi di atas padang dan berjaya melangkah ke separuh akhir.
Bukan James tapi Jese Rodriguez!
Pengumuman bekas bintang Real Madrid ke juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), mendapat sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penonton setia Liga Super Malaysia.
Sah! Bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez senjata terbaru JDT
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sah menandatangani khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.
Liga Super: 500 anggota polis kawal keselamatan aksi Perak-JDT malam ini
Polis membuat persiapan rapi dengan menempatkan 500 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan pada perlawanan ulangan Liga Super Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, malam ini.
Bekas bintang Real Madrid sertai JDT?
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dilaporkan akan mendapatkan khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.
Bundesliga: Bayern Munich hilang khidmat Jamal Musiala
Bayern Munich mengesahkan bahawa pemain tengahnya, Jamal Musiala, terpaksa direhatkan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan pinggul ketika tewas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin.
Serie A: Kecemerlangan Lukaku kekalkan Napoli di puncak
Romelu Lukaku meneruskan permulaan cemerlangnya di Napoli apabila pemain kebangsaan Belgium itu menghasilkan satu gol dan dua bantuan jaringan ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Como di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi tadi.
Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Perak lawan JDT
Perlawanan Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang tertunda ekoran cuaca buruk pada 17 Ogos lalu, akan kembali dimainkan di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Liga Super: Sang Saka Biru ikat Terengganu di Gong Badak
Terengganu terpaksa berpuas hati apabila berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 berdepan PDRM dalam aksi minggu ke-12 Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Zainal Abidin, sebentar tadi.
Kesebelasan Utama Liga Super: Misi Terengganu kembalikan sokongan peminat
Misi Terengganu meyakinkan semula hati peminat apabila turun bertemu PDRM dalam perlawanan minggu ke-12 Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar nanti.
'Kalau ada 11 Arif Aiman, pasti tidak perlu pemain luar negara'
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, mahu semua pihak menerima hakikat bahawa pemain tempatan bakal hilang kedudukan di kesebelasan utama satu masa nanti demi kelangsungan Harimau Malaya di peringkat Asia.
Alcaraz beats home favourite Shang in Shanghai opener
Carlos Alcaraz advanced to the second round of the Shanghai Open by beating Shang Juncheng 6-2 6-2 in 77 minutes.
Eidevall slams 'amateurish' WSL after Arsenal fixture congestion
Arsenal will play three times in the space of six days, and Jonas Eidevall is not impressed by the Women's Super League.
Premier League rejects Man City request to delay 2025-26 season start
Pep Guardiola has hit out at the Premier League for refusing to push back the start of next season due to the Club World Cup.
Suarez: Bielsa has 'divided' Uruguay national team with tactics and approach
Uruguay finished third at the Copa America in July, but Luis Suarez revealed it is no longer a happy La Celeste camp under Marcelo Bielsa.
Columbus Crew v Philadelphia Union: Curtin still looking to improve road record
Preview: Columbus v Philadelphia
St. Louis City v Houston Dynamo: Hosts are better than recent showings suggest, says Hackworth
Preview: St. Louis v Houston
Rudiger lauds 'ridiculous' Yamal after sensational LaLiga start
Rudiger lauds 'ridiculous' Yamal
Conte embracing Napoli improvements after Como triumph
Conte embracing Napoli improvements
Sunderland 2-2 Leeds: Meslier howler gifts Black Cats a point
Report: Sunderland 2-2 Leeds
Gabbia, Pisilli and Maldini named in Italy's Nations League squad
Spalletti names Italy squad