Perlawanan suku akhir pertama diantara Penang menentang Kedah Darul Aman (KDA) ibarat pertembungan semula untuk ketua jurulatih, Nafuzi Zain, membawa kemenangan ke Stadium Darul Aman.

Berbeza di kem latihan Penang, anak-anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli
dituntut untuk melunaskan misi balas dendam selepas tewas kepada KDA minggu lalu, untuk menghidupkan harapan melangkah lebih jauh dalam cabaran Piala FA kali ini.

Saksikan perlawanan itu secara langsung Jumaat ini di saluran Astro Arena Bola 803 pada pukul 8.15 malam.