Dari satu jaringan penyamaan mampu menghidupkan dua peluang samada jaringan seterusnya atau mengheret perlawanan sehingga ke masa tambahan.

Itu yang di tegaskan ketua jurulatih Penang, Akmal Rizal Rakhli, menjelang aksi kedua Piala FA bertemu Kedah pada Jumaat ini.

Ketika ini Kedah Darul Aman mempunyai kelebihan satu jaringan, namun pada pandangan Akmal Rizal, itu bukan halangan yang besar untuk mengubah keadaan di akhir minit pemainan.

"Jika pemain-pemain mampu hasilkan jaringan, saya rasa kita berpeluang untuk menang dalam perlawanan kedua ini.

"Walaupun sukar, ia tidak mustahil kerana dalam perlawanan awal kita seri dan menang melalui sepakan penalti berdepan Pahang.

"Kita ada perancangan dan tektikal yang kita sedang rencanakan untuk dapatkan jaringan nanti di Alor Setar dan berusaha untuk layak ke separuh akhir nanti.

Begitupun, rancangan jurulatih itu terganggu rentetan penggantungan pemain utama iaitu Fairuz Zakaria dan Muhamad Khairul Azrin Khazali.

"Kedua-dua pemain adalah pemain tunjang tapi saya yakin pemain yang akan gantikan mereka sudah bersedia dan mampu memikul tugasnya nanti.