Ammar Hakim
Mon Dec 05 2022
FIFA telah membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bola Sepak Uruguay dan empat pemain Celeste -- termasuk Edinson Cavani dan Diego Godin -- berikutan reaksi berang pasukan itu terhadap penyingkiran Piala Dunia Qatar.
Uruguay gagal meloloskan diri daripada Kumpulan H walaupun menang 2-0 ke atas Ghana Jumaat lalu, ketika Korea Selatan mara dengan mengorbankan mereka berikutan kemenangan ke atas Portugal.
Pasukan kendalian Diego Alonso akhirnya tersingkir berdasarkan gol yang dijaringkan, dan bertindak balas berang apabila Cavani dinafikan penalti lewat selepas dijatuhkan dalam kotak penalti Ghana.
Rakaman media sosial menunjukkan bekas penyerang Manchester United itu menolak monitor VAR selepas wisel penamat, manakala beberapa pemain Uruguay yang lain mengepung pengadil Daniel Siebert.
FIFA memperincikan pertuduhan, mendakwa salah laku pemain dan pegawai Uruguay, tingkah laku menyinggung perasaan dan diskriminasi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Kenyataan itu juga berkata kuartet Uruguay Cavani, Godin, Jose Gimenez dan Fernando Muslera sedang disiasat secara berasingan atas dakwaan kesalahan berkaitan kelakuan menyinggung perasaan, pelanggaran prinsip permainan adil dan salah laku.
Bercakap selepas perlawanan, yang hampir pasti menandakan berakhirnya karier Piala Dunianya, penyerang Luis Suarez mengisytiharkan, "FIFA sentiasa menentang Uruguay".
Dalam satu kenyataan berasingan, FIFA mendedahkan Serbia juga akan menghadapi tuduhan salah laku, diskriminasi dan kegagalan untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan berikutan kekalahan 3-2 mereka kepada Switzerland pada hari yang sama.
Kekalahan Serbia memastikan mereka menduduki tangga tercorot Kumpulan G, manakala Switzerland mara ke pusingan 16 dengan menyertai pasukan pilihan Brazil dengan enam mata.
Piala Dunia Seabad: Uruguay wajar jadi penganjur, kata Poyet
Uruguay memang berhak menjadi pilihan utama untuk menganjurkan Piala Dunia Edisi Ke-100 pada 2030, menurut bekas pemain antarabangsa Uruguay, Gus Poyet.
Marcelo Bielsa dilantik ketua jurulatih Uruguay
Marcelo Bielsa dilantik sebagai ketua jurulatih Uruguay selepas pengurus berusia 67 tahun itu meninggalkan Leeds hampir 15 bulan lalu.
Kecederaan sekat Ronald Araujo sertai kem Uruguay
Ronald Araujo terlepas menyertai pasukan Uruguay untuk dua perlawanan persahabatan akan datang selepas mengalami kecederaan paha dalam kemenangan Barcelona ke atas Real Madrid, semalam.
Nunez tarik diri daripada skuad Uruguay
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez, telah menarik diri daripada skuad Uruguay untuk perlawanan persahabatan yang akan datang.
Piala Dunia 2030: Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile bergabung bida jadi tuan rumah
Juara Piala Dunia 2022, Argentina, mengesahkan bahawa mereka akan bergabung dengan Uruguay, Paraguay dan Chile bagi melancarkan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.
FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.
Piala Dunia Qatar: Uruguay dalam siasatan FIFA
FIFA telah membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bola Sepak Uruguay dan empat pemain Celeste -- termasuk Edinson Cavani dan Diego Godin -- berikutan reaksi berang pasukan itu terhadap penyingkiran Piala Dunia Qatar.
Piala Dunia Qatar: Uruguay mangsa anak tiri FIFA -- Luis Suarez
Luis Suarez mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sering menganaktirikan Uruguay tatkala kariernya dalam Piala Dunia berakhir dengan air mata dan tersingkir dalam kempen di Qatar.
Piala Dunia Qatar: Uruguay iringi Ghana menuju jalan keluar
Uruguay gagal mara ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar di sebalik kemenangan 2-0 ke atas Ghana sebentar tadi.
Piala Dunia Qatar: Tiada istilah dendam jumpa Uruguay, kata jurulatih Ghana
Ketua jurulatih Ghana, Otto Addo, menegaskan pasukan dengan jolokan Black Stars itu tidak memasang hajat untuk membalas dendam terhadap Uruguay apabila mereka kembali membuat perhitungan selepas insiden suku akhir Piala Dunia 2010.
Eintracht Frankfurt 1-5 Bayer Leverkusen: Alonso's champions roll on
It was a stroll in the park for Bayer Leverkusen on Sunday, as the Bundesliga champions hammered Eintracht Frankfurt 5-1.
Salah makes Premier League history in Anfield thriller
Mohamed Salah was back on form for Liverpool as they beat Tottenham, and he etched his name into the record books in Sunday's game.
Liverpool 4-2 Tottenham: Salah shines as Reds swat aside Spurs
Liverpool kept their slim title hopes alive, while Spurs failed to take advantage of Aston Villa's earlier loss in the top-four race.
Maguire's league season over as Man Utd confirm muscle injury
Harry Maguire could face a race against time to be fit for the FA Cup final after he sustained a muscle injury.
Pochettino hails Chelsea's growth after thumping West Ham
Poch hails Chelsea's growth
Manchester City 1-2 Arsenal: Blackstenius late show stuns WSL leaders
Substitute Stina Blackstenius scored a last-gasp double as Arsenal came from behind to down WSL leaders Manchester City 2-1.
Zenden: Off-the-field uncertainty at Man Utd unhelpful for Ten Hag
Man Utd uncertainty unhelpful
Chelsea 5-0 West Ham: Five-star Blues run riot again at Stamford Bridge
Report: Chelsea 5-0 West Ham
Brighton 1-0 Aston Villa: Villans' top-four hopes stutter after late Pedro header
Report: Brighton 1-0 Aston Villa
IPL: Jadeja stars as CSK move into playoff places
Ravindra Jadeja top-scored with 43 runs and claimed three wickets as the Chennai Super Kings gained revenge on the Punjab Kings in the IPL.