Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara kendalian Juan Torres Garrido yang menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan menduduki tangga tercorot Kumpulan D.
Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell berkata, beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai punca kepada skuad muda negara itu pulang tanpa sebarang mata apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kepada Uzbekistan 2-0, Vietnam 2-0 dan Kuwait 2-1.
Menurutnya, aspek kecergasan perlawanan (match fitness) menjadi penyebab utama para pemain terbaik Harimau Muda yang dikumpulkan dalam skuad berkenaan gagal memberikan saingan terbaik pada kejohanan yang disertai 16 pasukan terbaik Asia itu.
"Masalah utama dalam skuad Harimau Muda ini ialah kekurangan masa permainan atau jumlah perlawanan yang dimiliki setiap pemain terbaik dalam skuad B-23 yang kita ada ini.
"Jika kita lihat menerusi statistik, tak ramai pemain dalam skuad ini yang mendapat minit permainan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super musim lalu. Hanya empat pemain.
"Penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel dengan 2,250 minit bersama Negeri Sembilan FC, Mukhairi Ajmal dengan 1,684 minit bersama Selangor FC, T. Saravanan dengan 1,252 minit bersama Kuala Lumpur City dan Safwan Mazlan dengan 1,063 minit bersama Terengganu FC.
"Selebihnya pemain-pemain lain hanya memiliki minit permainan kurang daripada itu dalam saingan Liga Super 2023," ujarnya.
Kekurangan minit permainan tersebut menurut O'Donell, ditambah pula dengan keadaan semasa yang mana Liga Malaysia sedang berehat panjang sejak Januari lalu sementara menantikan musim baharu 2024/25 bermula 10 Mei depan, sekali gus menyumbang kepada kesan lebih teruk membabitkan aspek kecergasan perlawanan.
"Ketiga-tiga pasukan dalam Kumpulan D iaitu Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait, kesemuanya liga domestik mereka sedang rancak berjalan dan sebagai perbandingan, kita boleh lihat yang para pemain mereka berada pada tahap kecergasan terbaik di sepanjang kempen Piala Asia B-23 2024 ini.
"Sedangkan kita mula berkumpul pada 17 Mac lalu dan pemain-pemain yang bersama skuad senior serta beberapa pemain lain hanya menyertai pasukan, seminggu kemudian.
"Ditambah pula dengan kebanyakan pasukan kelab ketika itu belum memulakan lagi siri latihan pramusim Liga Super menjadikan pemain-pemain yang datang ke kem latihan pusat skuad B-23 negara ini pada tahap kecergasan yang cukup rendah," ujarnya.
O'Donell juga menegaskan bahawa FAM perlu melihat semula kepada penstrukturan pertandingan peringkat bawah umur di negara ini supaya para pemain muda kita mendapat lebih perlawanan kompetitif.
"Menurut Persatuan Kelab-Kelab Eropah (ECA), purata jumlah perlawanan yang perlu dimainkan setiap pasukan remaja kelab di Eropah adalah dalam lingkungan 35 hingga 50 perlawanan setahun.
"Untuk Piala MFL 2023 (pertandingan B-23 kebangsaan), jumlah perlawanan minimum ialah 12 perlawanan dan maksimum 20 perlawanan bagi pasukan yang layak ke final.
"Jika seseorang pemain muda itu bermain dengan pasukan yang berada di kedudukan terbawah, dia hanya akan bermain 12 perlawanan kompetitif secara maksimum di sepanjang musim lalu.
"Piala Presiden 2023 (pertandingan B-20 kebangsaan) pula minimum 13 perlawanan dan maksimum 16 perlawanan, Piala Belia 2023 (pertandingan B-18 kebangsaan) minimum 11 perlawanan dan maksimum 14 perlawanan manakala Liga SupaRimau (pertandingan peringkat akar umbi) dengan minimum 24 perlawanan di sepanjang tahun," jelas beliau.
Bagaimanapun, format pertandingan-pertandingan tersebut telah ditambah baik oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM bagi saingan musim 2024 ini dengan setiap pasukan di Piala MFL akan bermain sejumlah 24 perlawanan, Piala Presiden minimum 14 perlawanan dan maksimum 20 perlawanan manakala Piala Belia minimum 16 perlawanan dan maksimum 22 perlawanan semusim.
Selain itu, O'Donell juga berharap agar skuad B-23 negara perlu menggunakan jendela antarabangsa FIFA dengan lebih baik pada masa akan datang.
"KIta perlu memberikan mereka lebih pendedahan antarabangsa untuk bermain sebagai satu pasukan menentang pasukan B-23 kebangsaan negara lain dan bukan hanya menyediakan pasukan kita sebelum kejohanan B-23 seperti AFC dan Sukan SEA.
"Jika kita tidak dapat mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa B-23 pun, kita sekurang-kurangnya boleh mengadakan kem latihan untuk memberi peluang kepada jurulatih lebih mendekati pemain pada setiap jendela antarabangsa FIFA.
"Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak selalunya akan dapat menggunakan pemain-pemain terbaik untuk skuad B-23 negara, jadi kita harus mengembangkan lagi senarai pemain B-23 yang layak bersama skuad muda negara," ujarnya.
Tambah O'Donell, beliau bersama-sama Juan Torres, pengendali Harimau Muda akan menyediakan laporan lengkap Piala Asia B-23 2024 untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan FAM.-Sinar
Stadium Astro
Wed Apr 24 2024
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mendedahkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP bermula 21 April 2024 lalu.
Solidariti Kim Pan-gon bersama Faisal Halim
Barisan kejurulatihan negara sentiasa bersama pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim bagi menempuh situasi sukar selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara Ahad lepas.
Kim Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, turut mengambil langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan membabitkan beberapa pemain skuad kebangsaan yang berlaku ketika ini.
Kelayakan Piala Dunia lebih penting daripada kejuaraan sulung -- Hamidin
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menjadikan agenda negara sebagai keutamaan berbanding impian peribadinya untuk mendakap piala pertama selepas enam tahun menerajui pucuk pimpinan badan induk itu.
Sukan SEA: MSN bantu FAM bentuk skuad emas B-19
Skuad B-19 menjadi projek kerjasama di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang mencapai kata sepakat sejak awal tahun ini. MSN bersetuju untuk membantu FAM daripada segi keperluan kewangan sebagai persediaan jangka masa tiga tahun bagi mengejar ibu emas Sukan SEA 2027. Walaupun penganjuran Kuala Lumpur 2027 se
Biasalah bila kalah adalah benda tak kena -- Faisal Halim
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diyakini melakukan yang terbaik terutama dalam membangunkan bola sepak negara.
Piala Asia B-23: FAM ambil tanggungjawab kegagalan Harimau Muda di Qatar
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara kendalian Juan Torres Garrido yang menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan menduduki tangga tercorot Kumpulan D.
Piala Asia B-23: Kami mahu layak separuh akhir -- jurulatih Indonesia
Indonesia membawa cabaran pasukan Malaysia untuk sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir Piala Asia Bawah 23 (B-23).
Piala Asia B-23: Insiden kad merah sukarkan peluang Malaysia lakar kemenangan
Kejohanan yang mengecewakan, itu yang boleh diungkapkan berdasarkan prestasi Malaysia dalam Kejohanan Piala Asia B-23 apabila menamatkan cabaran tanpa sebarang mata, mengulangi pencapaian dua tahun lalu.
Piala Asia B-23: Ini bukanlah tahap persiapannya ke Sukan Olimpik - bekas pemain kebangsaan
Dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia menutup kempen Piala Asia B-23 2024 tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Kuwait di Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar awal pagi Rabu.
NBA: Celtics, Mavericks take 2-1 leads in conference semifinals
Celtics, Mavs take 2-1 leads
Ancelotti excited by Guler potential after Madrid teenager's goal at Granada
Vinicius Junior, Rodrygo and Jude Bellingham are among Real Madrid's stars, but Arda Guler continues to prove his worth for the future.
'The best winger on the planet' – Guardiola lauds defender Gvardiol after Fulham rout
Guardiola lauds Gvardiol heroics
Pioli lauds Milan determination after snapping winless run with Cagliari triumph
Pioli lauds Milan grit
Milan 5-1 Cagliari: Rossoneri back to winning ways after Pulisic double
Report: Milan 5-1 Cagliari
Madrid's two-goal hero Diaz turns focus to Champions League glory after Granada win
Diaz focused on CL final
Terzic slams Mainz showing after Dortmund suffer Champions League hangover
Terzic slams Dortmund showing
Wolves have work to do as promising season fizzles out, says O'Neil
O'Neil: Wolves have work to do
Pochettino reiterates desire to stay at Chelsea as improved form continues
Poch intends to stay at Chelsea
Palace star Olise would have hit 20 goals without injuries, says Andersen
Michael Olise has made a huge impact in limited Premier League minutes this season, and is sure to attract interest in the transfer market.