Skuad negara akan meneruskan saingan Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) dengan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok malam esok.

Selepas dua perlawanan, Malaysia menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata tetapi Thailand, yang menduduki tangga kedua dengan tiga mata, berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Harimau Malaya membuka kempen dengan diikat Kemboja 2-2 sebelum menang tipis 3-2 ke atas Timor Leste.

Mampukah pasukan Pau Marti itu menumbangkan Thailand di laman lawan dalam pertemuan kali ini?

Saksikan perlawanan menarik ini di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan jam 8.30 malam esok.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.