Bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, mengagumi keazaman penjaga gol, Haziq Nadzli, yang memperagakan ketangkasannya ketika menafikan percubaan berbahaya Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Haziq memastikan kedudukan terus seimbang ketika skuad Harimau Malaya terdesak memburu jaringan apabila menafikan percubaan awal pasukan Kota Singa pada minit-9 selain mematahkan dua percubaan berturut dalam masa kecederaan.
Pemain pinjaman Perak itu dihujani cemuhan berikutan kesilapannya ketika bertemu Thailand yang mengundang padah.
Kecemerlangannya membantu kedudukan terus seimbang walaupun jaringan yang didambakan kem kebangsaan tidak kunjung tiba, sekali gus meleburkan impian barisan Pau Marti Vicente itu untuk ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (Piala AMEC) 2024.
"Dia menutup mulut semua pengkritik. Begitulah pemain ada masa disanjung dan ada masanya dimaki hamun.
"Tapi Haziq menunjukkan profesionalisme yang cukup baik dengan memastikan dia beraksi baik dalam perlawanan malam ini. Tiada siapa yang pertikai apa yang dibuat Haziq pada malam ini.
"Dia menggagalkan percubaan tepat dan menggagalkan (usaha) Singapura mendapatkan gol kemenangan.
"Pasukan kita sudah melakukan yang terbaik dan susun dengan baik dalam separuh masa kedua tetapi ia tidak cukup untuk layak ke separuh akhir," katanya dalam pasca rancangan perlawanan di Astro Arena malam tadi.
Pandangan itu turut dipersetujui bekas tonggak kebangsaan, Razman Roslan, memandangkan posisi tersebut berbeza dengan yang lain.
"Bukan mudah untuk penjaga gol bangkit daripada kesilapan yang baru beberapa hari berlaku.
"Mungkin mudah untuk pemain pertahanan tapi bagi dia, tiada penjaga gol lain yang akan membantunya di dalam gawang.
"Dia cepat melupakan kesilapan lalu dan bangkit. Rezeki dia untuk menebus kekecewaan lalu. Boleh dikatakan dia adalah wira (mengelak Malaysia) daripada tewas," katanya pula.
Shaiful Shamsudin
Sat Dec 21 2024
Saya sentiasa di sini, sayangkan Malaysia -- Bergson mengenai naturalisasi terbaru Harimau Malaya
Pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, dicanang sebagai penyerang terbaru Harimau Malaya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyebut namanya akan melalui proses naturalisasi dalam masa terdekat.
Reaksi penyokong Malaysia: Mahu pemain JDT perkuat Harimau Malaya, tuntut beberapa kelab beri kerjasama penuh
Penyokong bola sepak negara memberikan reaksi berbeza selepas menyaksikan Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 ketika diikat Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Piala AMEC: Haziq Nadzli tutup mulut pengkritik -- Ahmad Shahrul Azhar, Razman
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, mengagumi keazaman penjaga gol, Haziq Nadzli, yang memperagakan ketangkasannya ketika menafikan percubaan berbahaya Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Piala AMEC: Terkilan tapi Sergio Aguero tetap semangat tinggi wakili Malaysia
Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero, percaya bola sepak akan terus menyinar di sebalik diulit suasana suram atas kegagalan melangkah ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (Piala AMEC) 2024.
Piala AMEC: Pau Marti tetap pantau Harimau Malaya dari jauh
Ketua jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente, optimis Harimau Malaya mempunyai depan yang baik di pentas antarabangsa.
Piala AMEC: Wan Kuzain terkejut lihat aksi mantap Singapura singkir Harimau Malaya
Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Ahmad, terkejut melihat kawalan bola yang dipamerkan Singapura ketika menyingkirkan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebentar tadi.
Piala AMEC: Sukar bermain di Bukit Jalil, pujian buat Singapura -- Safuwan Baharudin
Pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, memberikan pujian atas usaha pasukannya mengekang Malaysia memperoleh kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Piala AMEC: Tiada rezeki Malaysia menang, jaring gol malam ini -- Haqimi Azim
Penyerang skuad kebangsaan, Haqimi Azim Rosli, gagal menahan sebak di sebalik penyingkiran Piala ASEAN Mitsubishi Electric apabila seri tanpa jaringan dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kesebelasan utama Piala AMEC: Misi wajib menang, Haziq Nadzli kekal sebagai penjaga gol utama skuad negara
Malaysia dalam misi wajib menang untuk kekal dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) ketika bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar lagi.
Piala AMEC: Lebih 21,000 penyokong banjiri aksi Malaysia-Singapura setakat ini
Penjualan tiket bagi aksi perlawanan terakhir Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), menyaksikan sebanyak 21,157 sudah terjual setakat ini.
'It makes me proud' – Salah revels in Premier League records
Salah breaks a pair of PL records
Van Nistelrooy laments individual mistakes in disappointing Leicester defeat
Van Nistelrooy rues mistakes
Tottenham 3-6 Liverpool: Salah and Diaz at the double in nine-goal thriller
Report: Spurs 3-6 Liverpool
Wolfsburg 1-3 Borussia Dortmund: Quickfire goals secure Sahin's first Bundesliga away win
Report: Wolfsburg 1-3 Dortmund
Inzaghi sweating on fitness of Darmian and De Vrij ahead of Como clash
Inzaghi sweating on Inter duo
'Wolves will stay in Premier League', Pereira insists after winning start at Leicester
'Wolves will stay in PL' - Pereira
West Brom 2-0 Bristol City: Johnston double seals crucial win
Report: West Brom 2-0 Bristol City
Real Madrid 4-2 Sevilla: Mbappe on target in six-goal thriller
Report: Real Madrid 4-2 Sevilla
Interim boss Rusk hopes Fulham draw will be 'catalyst' for Southampton
Draw can be catalyst, says Rusk
Maresca content with Chelsea display despite Everton stalemate
Maresca pleased despite draw