Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, berazam untuk melakukan kejutan dan mahu melayakkan diri ke separuh akhir Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Selesa depan.

Pemain berusia 24 tahun itu sedia memperbaiki kedudukan ranking-14 dunia bersama Man Wei Chong dengan pusingan pertama bertemu gandingan ke-19 dunia dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

"Musim lalu kami tidak berapa konsistensi untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi.



"Tahun ini, kami harus ke separuh akhir untuk meningkatkan ranking," katanya di Nadi Weekend.

Bagi Wei Chong, dia menerima motivasi daripada gandingan senegara yang menghuni tangga ketiga dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sambil menetapkan misi untuk mara sejauh mungkin.

"Kami harus bekerja keras untuk mengejar ranking mereka. Jadi, ia satu motivasi buat kami," katanya.