Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo, enggan mencampur tangan terhadap keperluan melakukan rombakan dalam badan induk kebangsaan itu.

Sebaliknya dia berpandangan agar FAM perlu memperbetulkan semula aganda mereka sekiranya sudah tersasar jauh.

Ia bagi memastikan peta hala tuju F:30 yang diperkenalkan ketika dia berkhidmat sebagai pengarah teknikal dahulu kembali berada di landasan tepat tatkala menegaskan DNA bola sepak Malaysia perlu lebih proaktif untuk bersaing dengan negara besar di Asia.

"Saya memahami kekecewaan itu (Kempen Piala Asia B-23) kerana harapan tinggi yang diletakkan kepada pasukan tersebut walaupun ramai pemain daripada pasukan itu cemerlang apabila bermain dalam Kejohanan B-16 dan B-19 AFF.

"Jika mereka sudah tersasar dengan matlamat yang ditetapkan maka mereka perlu mengkaji dan merombak semula (hala tuju).

"Saya bukan individu yang selayaknya untuk memberi menegur berkenaan apa yang mereka perlu ataupun tidak lakukan.

"Dalam bola sepak melibatkan pemain muda, kamu tidak boleh menafikan bahawa ia satu-satunya kaedah untuk meningkatkan potensi pemain dan berada di kedudukan yang lebih kompetitif di Asia mahupun di peringkat antarabangsa.

"Jika hanya menerapkan cara bermain secara bertahan sahaja maka pemain muda tidak akan dapat belajar banyak daripada itu." katanya di Nadi Arena.