Olympique Lyon mengumumkan Nabil Fekir akan kekal bersama pasukan selepas perbincangan untuk membawanya ke Liverpool menemui jalan buntu.
Perancang Perancis itu dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield selepas melalui kempen yang cemerlang musim ini dengan mencatat 18 gol di pentas Ligue 1 serta lapan bantuan jaringan.
Jumaat lalu, pihak kelab menafikan persetujuan telah dicapai bersama pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu untuk membawa masuk pemain berusia 24 tahun itu.
Fekir merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Piala Dunia 2018 dan spekulasi perpindahannya semakin hangat apabila Presiden Persatuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Great, menjelaskan pemain itu telah melalui ujian kesihatan di kem latihan Clairefontaine Les Bleus, semalam.
Bagaimanapun, perpindahan itu tampak berakhir selepas pengumuman dilakukan oleh pihak kelab, awal pagi tadi.
"Pihak Lyon diberitahu bahawa perbincangan di antara Liverpool dan Nabil Fekir mengenai urusan perpindahan buat kapten pasukan itu tidak berjaya dan kami membuat keputusan untuk menamatkan proses itu," kata kenyataan kelab menerusi laman web rasminya.
"Walaupun Liverpool menjadikan perpindahan Fekir sebagai satu keutamaan dan kami turut dikaitkan dengan pasukan lain yang sama berminat dengan khidmat Fekir, pihak Lyon dengan berbesar hati menerima bahawa kapten kami akan mengetuai pasukan bagi musim 2018/19, apabila kami akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah menerusi tiket tempat ketiga liga."
Difahamkan, antara faktor yang merencatkan proses itu adalah sejarah kecederaan lutut Fekir, keinginan Lyon untuk menstrukturkan yuran perpindahan serta cubaan Liverpool untuk mengurangkan kos membawa masuk pemain tengah tersebut.
Penulis Jemputan
Sat Jun 09 2018


Mauricio Pochettino dilantik sebagai pengurus Chelsea
Mauricio Pochettino telah dilantik sebagai pengurus Chelsea dengan kontrak dua tahun.

Saya tidak perlu berehat daripada bidang pengurusan -- Jurgen Klopp
Jurgen Klopp menegaskan dia tidak memerlukan rehat daripada pengurusan Liga Perdana Inggeris berikutan kempen mengecewakan bersama Liverpool.

Jurgen Klopp ikrar julang Liverpool musim depan
Jurgen Klopp menegaskan Liverpool akan kembali menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan selepas menamatkan kempen hambar dengan keputusan seri 4-4 yang mendebarkan di Southampton sudah pun yang tersingkir.

Jurgen Klopp yakin kesetiaan Mohamed Salah di Liverpool
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak percaya Mohamed Salah akan mencari haluan baru demi beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Mohamed Salah mohon maaf Liverpool terlepas saingan Liga Juara-Juara
Selepas enam musim berturut-turut beraksi dalam saingan utama Eropah Liga Juara-Juara (UCL), skuad kendalian Jurgen Klopp terpaksa menelan realiti dengan penamat di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lampard akui Chelsea dalam situasi sukar lanjut kontrak Mason Mount
Frank Lampard berkata Mason Mount akan menandatangani kontrak baharu di Chelsea namun menerima keadaan mungkin tidak begitu mudah untuk pemain tengah England itu.

Terlepas tiket UCL tidak jejas minat pemain sertai Liverpool -- Virgil van Dijk
Virgil van Dijk tidak percaya kehilangan status Liga Juara-Juara membuatkan Liverpool kurang menarik untuk menarik minat bakal pemain baharu.

Sanjungan Klopp buat empat legenda Liverpool
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, merakamkan sanjungannya buat James Milner, Roberto Firmino, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita yang akan meninggalkan Anfield penghujung musim ini.

Jurgen Klopp dihukum atas kelancangan terhadap Paul Tierney
Jurgen Klopp digantung dua perlawanan berikutan komen yang dibuatnya terhadap pengadil, Paul Tierney, ketika Liverpool menang ke atas Tottenham, bulan lalu.

EPL: Milner, Firmino antara empat tinggalkan Liverpool musim panas ini
James Milner, Robrto Firmino, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita, kesemuanya akan meninggalkan Liverpool selepas kontrak mereta tamat pada penghujung musim ini.

Phil Neville sacked as manager with Inter Miami bottom of Eastern Conference
Neville was appointed in January 2021.

Kris Doolan insists Partick Thistle will not sit back in second leg
Aidan Fitzpatrick and Brian Graham gave Thistle the advantage in the first leg.

Dawid Malan leads Yorkshire to Roses win as Jos Buttler fails to fire Lancashire
After Malan hit a superb 83 off 50 balls in the Vikings’ 195 for six.

Partick Thistle hold upper hand after first-leg victory over Ross County
Aidan Fitzpatrick and Brian Graham were on target for the Jags.

French Open day five: Iga Swiatek eases through as Daniel Altmaier shocks Sinner
The story of the fifth day of action at Roland Garros.

PGMOL condemns ‘abhorrent’ abuse of referee Taylor at Budapest airport
The Premier League official was accosted by angry fans at Budapest airport following the Europa League final between Roma and Sevilla

Leeds owner Radrizzani ‘appalling’ over reported Elland Road loan security deal
The Athletic claimed Radrizzani had offered to use Leeds’ stadium as collateral when securing a £26million bank loan to buy Sampdoria.

Almost perfect start to big summer – Stuart Broad hails dominant England display
Broad’s five-wicket haul was followed by half-centuries for Zak Crawley (56) and Ben Duckett (60) at Lord’s.

England openers shine after Stuart Broad takes five on first day against Ireland
Broad claimed five for 51 to dismiss Ireland for 172 before England closed on 152 for one.

Russian teenager Andreeva dreams of ‘winning 25 grand slam titles’
The Russian is making a big impression at Roland Garros.