Tonggak Harimau Malaya, Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepada dirinya sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.
Pemain kelahiran Kedah itu secara muktamadnya mengakhiri tempoh pinjaman bersama juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, tatkala memilih untuk menandatangani kontrak secara tetap bersama Terengganu selama dua musim.
"Permohonan ini telah diperkenankan oleh Pemilik JDT itu dan bersetuju untuk melepaskan Akhyar Rashid khas untuk kelab itu dan dia boleh beraksi bersama Terengganu sebagai pemain tetap," kata laman rasmi itu.
Ketika bersama bekas majikannya itu, khidmat pemain berusia 25 tahun itu sering menjadi tonik tambahan apabila setiap kemasukannya sebagai penggantian pemain sentiasa memberi impak positif kepada JDT.
Selepas minggu ke-18 Liga Super, Akhyar menjadi aset bernilai Sang Penyu susulan kehadirannya bersama rakan karib, Safawi Rasid, banyak membantu Terengganu dalam pelbagai aspek permainan.
"Akhyar Rashid juga mengucapkan terima kasih buat JDT dan juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) ats segala perkara yang telah dicurahkan sebelum ini dalam menjadikannya sebagai seorang pemain yang profesional.
Justeru, khidmat Akhyar -- yang mula menyertai JDT pada 2019 sejurus meninggalkan Kedah Darul Aman -- boleh digunakan untuk pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025 di Gong Badak menentang bekas majikannya itu.
Najmi Iman
Wed Jan 15 2025
ACC Shopee Cup: Info Siaran Langsung (Live Streaming) KL City vs Cong An Hanoi
Kuala Lumpur City akan melalui aksi penting dalam saingan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup dengan melayani tandangan pendahulu Kumpulan B, Cong An Hanoi, di Cheras pada Khamis ini.
ACC Shopee Cup: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Terengganu vs PSM Makassar
Terengganu akan meneruskan saingan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup dengan menentang kelab Indonesia, PSM Makassar, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam esok.
Kongres FAM: Tidak adil jika tidak curah pengalaman yang ada -- Zainal Abidin Hassan
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, mengakui sudah tiba masa untuknya mencurahkan khidmat bakti kepada arena bola sepak negara berbekalkan pengalaman luas dan kepakaran yang dimilikinya.
Tiada yang mustahil -- Safee Sali teruja semangat tinggi CEO Harimau Malaya mahu ke Piala Dunia
Bekas penggempur sensasi negara, Safee Sali, teruja dengan semangat tinggi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Friend, yang bercita-cita untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia.
Sebelum JDT, Kelantan gila dulu -- Irfan Bakti
Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti Abu Salim, menjelaskan matlamatnya adalah untuk membawa kelab dari Pantai Timur itu kembali ke saingan utama Liga Malaysia.
MFL Challenge Cup: Selangor bawa bekalan tipis ke MBPJ
Selangor melakar kemenangan tipis 1-0 mengatasi Penang dalam saingan separuh akhir pertama MFL Challenge Cup 2024/25 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Dua penjaga gol negara terima penilaian berbeza Joe Hart
Dua penjaga gol kebangsaan mendapat pengiktirafan terpuji daripada bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Joe Hart, yang menyaksikan beberapa sorotan perlawanan Liga Super Malaysia.
TERKINI: Salam takziah, puteri kedua Nazmi Faiz meninggal dunia
Anak perempuan kedua kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor, dilaporkan sudah meninggal dunia hari ini pada pukul 10.55 pagi tadi.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji terbanyak selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Kecederaan ACL: Noor Al-Rawabdeh tunjuk peningkatan ketara, bakal kembali perkuat Selangor
Selangor menerima perkhabaran gembira apabila tonggak utama, Noor Al-Rawabdeh, menonjolkan perkembangan memberangsangkan dalam fasa pemulihannya berkenaan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialami sejak Oktober lalu.
Madueke lauds 'unbelievable' Chalobah on Chelsea return
Maudeke lauds Chalobah display
Konsa not surprised by Villa's position in Champions League standings
Konsa not surprised by Villa
Australian Open: Zverev powers past Paul
Zverev wins in straight sets
NBA: Cavs, Celtics post impressive wins
NBA: Cavs, Celtics impress in wins
Australian Open: Badosa celebrates 'dream come true' after retirement concerns
Badosa: I almost retired
Australian Open: Gauff 'not completely crushed' by shock exit
Gauff not 'crushed' by loss
Australian Open: Badosa stuns Gauff to reach maiden major semi-final
Badosa shocks Gauff to reach semis
West Ham's Cornet completes Genoa loan switch
Cornet joins Genoa on loan
'How many times did he save us?' - Maresca defends Sanchez after Wolves error
Maresca defends Sanchez after error
Sahin aiming to rectify Bundesliga woes with Champions League win
Sahin looking for response