Baru-baru ini, kita telah menyaksikan Sukan Olimpik Rio 2016 yang agak memberangsangkan. Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang lima pingat – walaupun pingat emas tidak termasuk dalam senarai, namun semangat juang dan usaha atlet-atlet Malaysia begitu membanggakan.
Namun, adakah tenaga usaha dan semangat juang kontinjen Malaysia berakhir saat acara penutupan Sukan Olimpik Rio 2016?
Tidak, sama sekali.
Perjuangan dan misi mencari kilauan emas negara masih lagi diteruskan, kali ini dalam Sukan Paralampik Rio 2016!
Seperti atlet-atlet Olimpik, wakil Malaysia di Sukan Paralimpik juga telah menjalani latihan dengan begitu bersungguh-sungguh dan berbekalkan semangat serta impian yang tinggi menggunung.
Menurut artikel terbitan Astro Arena, "Takut, risau dan bimbang tidak pernah ada dalam perbincangan kami," kata jurulatih lompat jauh paralimpik negara, Shahrul Amri Suhaimi, merujuk kepada perkembangan terkini Latif Romly yang mensasarkan emas pertama paralimpik buat Malaysia.
Nampak tak keberanian yang ditampilkan oleh atlet-atlet ini?
Jika atlet-atlet paralimpik berani manyahut cabaran demi mengharumkan nama negara, kita di sini jangan pernah teragak-agak untuk memberikan mereka sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Anda betul-betul cintakan sukan negara? Jangan pernah sesekali mengecualikan atlet-atlet ini.
Ayuh kita terus menyokong perjuangan mereka!
#AyuhMalaysiaku!
Dayang Zainatull
Tue Sep 06 2016
Menang jadi arang, kalah jadi abu
Sehingga saat ini, masih belum ada sebarang petanda masalah membabitkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri yang turut mengheret PKNS ke dalam kancah permasalahan antara dua pihak.
Tak tahu nak cakap apa lagi
Tewas kepada pasukan yang persatuan bola sepaknya digantung setahun oleh FIFA, tanpa sebarang perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa dan berada di ranking 191, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima peminat bola sepak tanah air.
Kasihan Kim Swee
MEMBACA kenyataan kapten pasukan bola sepak kebangsaan, Amri Yahyah, yang seolah-olah menuntut komitmen lebih tinggi daripada rakan-rakan seperjuangan, penulis berasa simpati.
Harimau Malaysia dibenam: Apa reaksi media sosial?
Pada malam tadi, Malaysia berhadapan dengan Indonesia di bumi Solo dalam satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A.
Paralimpik Rio 2016 – Ayuh Malaysiaku!
Baru-baru ini, kita telah menyaksikan Sukan Olimpik Rio 2016 yang agak memberangsangkan. Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang lima pingat – walaupun pingat emas tidak termasuk dalam senarai, namun semangat juang dan usaha atlet-atlet Malaysia begitu membanggakan.
We did it!
Awal pagi tadi, ketika baru sahaja bangun tidur, seperti biasa telefon bimbit terus disambut tangan biarpun separa sedar lagi ketika itu. Ternampak ada notifikasi baru dalam group Whatsapp Olimpik Rio 2016.
Bersara atau boikot?
Logik atau tidak masuk akal? Sukar difahami mengapa Safiq Rahim yang pada minggu lalu mahu kembali merebut tempat dalam skuad kebangsaan, secara tiba-tiba umumkan persaraan.
Siapa sangka Portugal Juara?
Portugal mencipta sejarah apabila muncul juara buat pertama kali selepas mengharungi 35 perlawanan dalam kejohanan EURO yang bermula pada 1960.
Kulit cantik isi kosong
Kegagalan beberapa pasukan pilihan meneruskan aksi diperingkat suku akhir euro 2015 telah membuka mata ramai pihak terutama pasukan England.
Kalah salah, menang salah, seri pun salah...
"Menang itu ajaib, seri itu biasa, kalah itu tak payah kata", bunyi menarik tapi yang lebih menarik perhatian penulis gelaran itu diberikan kepada skuad Harimau Malaysia oleh segelintir penyokong bola sepak tanahair.
Hurzeler delighted by 'whole package' Wieffer
Preview: Brighton v Brentford
Mudryk to 'disconnect' from Chelsea amid FA investigation
Chelsea's Mudryk to 'disconnect'
Oscar makes return to Brazil with Sao Paulo
Oscar back in Brazil
Maresca believes Fernandez is growing in stature at Chelsea
Enzo delighted with Fernandez
Sensational Sinner heads into 2025 on top of the world
Sinner's stellar 2024 in numbers
South Africa will 'pull together' for ICC Champions Trophy
Walter confident in South Africa
Kerr sees plenty of potential in 'elite' Kuminga
Kerr hails 'elite' Kuminga
Redick: Lakers must avoid turnovers in Christmas clash with Warriors
Redick: Lakers must avoid turnovers
Liverpool need no extra motivation for Leicester game, says Gakpo
Preview: Liverpool v Leicester
'I don't care about Christmas' - Amorim fully focused on getting Boxing Day win
Preview: Wolves v Man Utd