Majlis Sukan Negara (MSN) menganggap tuduhan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, terhadap badan induk itu sebagai sesuatu yang melulu dan melampau.

Megat Shahriman sebelum ini dilaporkan mendakwa MSN campur tangan dalam pengurusan kontinjen negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 sehingga mengakibatkan kegagalan mencapai sasaran empat emas yang ditetapkan.

Ketua pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub, dalam responsnya berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Saya lebih kesal kerana yang mula-mula meletakkan sasaran itu adalah pihak mereka, bukan MSN.

"Kenapa secara tiba-tiba, Sukan Paralimpik Paris belum pun habis, masih ada acara tetapi kenyataan-kenyataan itu sudah keluar. Kenapa begitu?

"Kenapa perlu tergesa-gesa sangat menuding jari kepada orang lain?" soalnya.

Sebagai rekod, Malaysia menamatkan saingan Paralimpik Paris 2024 dengan kilauan dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Pingat emas disumbangkan oleh perseorangan badminton, Chieh Liek Hou, dan jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin"