Insiden menimpa ratu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce, dalam Sukan Olimpik Paris awal bulan ini menjadi peringatan buat semua atlet olahraga para negara, yang akan bersaing dalam Sukan Paralimpik Paris bermula hujung bulan ini.
Ia terutama buat jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, susulan insiden berkenaan mirip episod duka yang dialaminya di Tokyo tiga tahun lalu.
Ziyad terpaksa menelan pahit dibatalkan penyertaan di Tokyo 2020 susulan lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum acara berlangsung.
lebih mendukacitakan, catatan rekod dunia 17.94 meter yang dilakukannya dalam acara lontor peluru F20 itu juga tidak diiktiraf.
Ketika insiden itu sudah lama berlalu, berlaku pula insiden babitkan Shelly-Ann, yang tertinggal bas dan dihalang masuk ke venue pertandingan di Paris baru-baru ini.
"Sebelum ini, sudah macam-macam perkara berlaku," kata Ziyad kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya sudah menghadapi pelbagai dugaan dan latihan yang agak berat untuk sampai ke Paris.
"Kini hanya tinggal beberapa hari lagi untuk saya bertanding dan bagi saya, inilah masanya dan tubuh saya sudah bersedia untuk bertanding di sana," katanya.
Mengulas lanjut, jurulatih Ziyad, Faizol Harun, menambah: "Kami sudah melihat semua perkara itu dan kami akan berbincang dengan jurulatih yang akan ke sana untuk membuat jadual untuk setiap jurulatih peka dengan waktu untuk ke callroom dan sebagainya.
"Kami akan pastikan dia tiba seawal yang mungkin di callroom, mungkin setengah jam lebih awal," katanya.
Ziyad bakal membuat penampilan keempatnya dalam Sukan Paralimpik selepas edisi London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Misinya kali ini sudah pasti untuk menebus kekecewaan tiga tahun lalu dengan sasaran melakukan lontaran sejauh 18 meter.
Muzaffar Musa
Mon Aug 19 2024
Paralimpik Paris 2024: Malaysia tutup tirai dengan dua emas, dua perak, satu gangsa
Malaysia menutup tirai Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan meraih kutipan dua pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa selepas 11 hari temasya berlangsung.
Paralimpik Paris 2024: Ziyad Zolkefli puas hati tamatkan saingan dengan pingat perak
Ziyad Zolkefli berpuas hati apabila menamatkan saingan lontar peluru F20, Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan pingat perak di Stade de France awal pagi tadi.
Paralimpik Paris 2024: Insiden Shelly Ann jadi peringatan buat Ziyad Zolkefli
Insiden menimpa ratu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce, dalam Sukan Olimpik Paris awal bulan ini menjadi peringatan buat semua atlet olahraga para negara, yang akan bersaing dalam Sukan Paralimpik Paris bermula hujung bulan ini.
Kejohanan Olahraga Para Dunia: Ziyad rangkul emas, pecah rekod Asia
Jaguh lontar peluru F20, Ziyad Zolkefli, mencipta sensasi dengan kejayaan memecah rekod Asia dengan balingan 17.43 meter mengatasi rekod peribadi terbaiknya 17.29m dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia KOBE 2024.
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Jaguh lontar peluru para negara, Muhamad Ziyad Zolkefli, berjaya melayakkan diri ke temasya sukan Olimpik Paris 2024.
Olahraga Para Dunia: Lontaran emas Ziyad di Dubai
Atlet lontar peluru para lelaki, Muhammad Ziyad Zolkefli, menganggap catatan lontaran sejauh 16.62 meter untuk mengungguli acara lontar peluru lelaki F-20 adalah sesuatu yang menakjubkan, malah lebih daripada jangkaannya.
Sukan Para Asia: Ziyad pertahan pingat emas buat kali ketiga
Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terus membuktikan kehebatannya selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah intelektual) dalam saingan Sukan Para Asia Hangzhou 2022.
Ziyad tempah slot ke Paralimpik Paris 2024
Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, tiada masalah layak ke Sukan Paralimpik Paris, tahun depan selepas meraih pingat perak Kejohanan Olahraga Para Dunia di Perancis.
Para Dunia: Ziyad Zolkefli buru rekod dunia di Paris
Selepas membuat lontaran sejauh 17.30 meter dalam Sukan SEA Kemboja Mei lalu, Ziyad Zolkefli optimis berpeluang untuk mengatasi rekod dunia iaitu 17.35m.
Cuaca pengaruhi lontaran Ziyad di Tunisia
Jurulatih kepada atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, iaitu Mohd Faizol Harun, menyifatkan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2023 di Stadium Olahraga Rades, Tunisia, merupakan pentas untuk anak buahnya itu memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance
Wolves 2-0 Manchester United: Cunha takes centre stage after Fernandes red card
Report: Wolves 2-0 Man Utd
Heat president Pat Riley says Miami won't trade Jimmy Butler
Riley says Heat won't trade Butler
Iraola: Bournemouth 'couldn't make difference in final third' during Palace stalemate
Iraola: We couldn't make difference
Injury rules Halep out of Australian Open
Halep ruled out of Australian Open
Duran dismissal 'hard to accept' as Emery rues red card
Duran red card 'hard to accept'
Guardiola warns against quick fixes for Man City's slump
Pep: No quick fix for Man City
Newcastle boss Howe 'wouldn't swap Isak for anyone'
Howe: 'I wouldn't swap Isak'