Jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou, berharap dapat mengekalkan dominasinya serta rentetan kemenangan di pentas antarabangsa Sukan Paralimpik Paris 2024, kali ini.

Lebih manis lagi, jika Liek Hou dapat menambah koleksi kejuaraan menerusi kilauan pingat emas paralimpik kedua peribadinya.

Maka, situasinya seakan sama seperti temasya terdahulu di Tokyo 2020 dimana dia berharap mampu menumbangkan lawan demi lawan di kota Paris nanti biarpun usianya kini sudah menjangkau 36 tahun.




Perancangan ketua jurulatih, Nova Armada, termasuk menerusi saingan simulasi mirip 'mini paralimpik' untuk pendedahan buat Liek Hou dalam suasana sebenar di temasya sukan terbesar dunia itu.

Ini berikutan, jurulatih itu menjadikan 'sparring' pemain handalan dunia dari England, Russia, Kazakhstan dan Sri Lanka dijadikan sebagai lawan juara dunia 8-kali kebanggaan negara itu.

"Saya rasa dapat pengalaman yang luar biasa kerana terdapat pemain yang layak ke Olimpik dan pemain yang sudah berada di peringkat antarabangsa.

"Ia penggalaman yang baik kerana prestasi mereka yang kuat dan punya tahap kelajuan yang bagus dalam gelanggang. Itulah kebaikan saya melakukan 'sparring' dengan mereka.

"Kerana jurulatih mencari pemain yang hampir mirip dengan lawan di sana nanti." katanya kepada Nadi Arena.