Jaguh perseorangan tuan rumah, Chou Tien Chen, menepati selaku pilihan utama Terbuka Taiwan BWF selepas melepasi rintangan Soong Joo Ven, sebentar tadi.

Pemain nombor sembilan dunia itu melebarkan rekod pertemuan mereka kepada empat kemenangan selepas mencatat 21-8, 21-17 dalam tempoh 41 minit.

Dia akan mengatur pertemuan dengan seorang lagi wakil negara, Justin Hoh, esok.