Pemain kelahiran Finland, Nooa Laine, turut menyertai pasukan naib juara Liga Super 2023, Selangor, dalam aksi pramusim di Jakarta, Indonesia.

Skuad Gergasi Merah Kuning itu akan terbang ke Indonesia untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa RCTI Premium Sports, Jakarta, yang akan berlangsung petang ini.

Dia yang tersenarai dalam panggilan skuad kebangsaan menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia itu menimbulkan spekulasi dan tanda tanya mengenai situasi tersebut.

Pemain yang terpilih menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya perlu melaporkan diri selewatnya Isnin ini kerana ia merupakan hari pertama kalendar antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Skuad negara bakal menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun sebelum perlawanan menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Jun ini.