Atlet olahraga negara, Nixson Kennedy, melaungkan amaran awal untuk mempertahankan gelaran raja pecut menjelang Kejohanan Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 di Lumut, Perak, bermula Rabu ini.
Kejohanan ATM merupakan aksi terakhir buat Nixson mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tahun ini dan dia tidak memandang rendah tentangan yang bakal diterimanya.
Nixson juga berhasrat untuk memperbaiki catatan peribadi 10.43 saat yang dilakukannya dalam KejohananTerbuka Korea Selatan, Jun lalu.
Saingan di Lumut menyaksikan Nixson akan beraksi dalam dua acara, 100m dan 4x100m.
“Saya punya sasaran adalah untuk mengekalkan gelaran raja pecut yang saya raih tahun lalu.
“Setiap pelari lebih kurang sama sahaja. Sukan SEA 2017 baru selesai, jadi masing-masing memang melakukan persiapan dan fokus untuk Kejohanan Terbuka ATM kerana selepas aksi di Lumut, kami sudah tiada sebarang kejohanan,” katanya.
Nixson merupakan sebahagian daripada kuartet 4x100m negara yang memecahkan rekod kebangsaan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Sementara itu, seorang lagi atlet TLDM yang juga jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, pula memburu kemenangan hatrik dalam saingan kali ini walaupun dalam masa sama, dia mengakui tidak berada dalam prestasi terbaik ekoran kurang masa latihan.
Dia merupakan pemegang rekod kebangsaan acara itu dengan balingan sejauh 65.90 meter dalam Sukan SEA 2017, sekaligus mencipta rekod baru kejohanan.
“Kali ini, saya akan cuba menyumbangkan pingat emas kepada TLDM sebagai bakti saya selepas Sukan SEA 2017. Saya baru menamatkan cuti selama dua minggu, jadi sesi latihan tidak dapat dilalui sepenuhnya, termasuk latihan intensif," ujarnya.
Penulis Jemputan
Mon Oct 09 2017
Piala Emas Raja-Raja: Jaringan awal sandaran Kelantan berdepan ATM
Kelantan bertekad mencari jaringan awal ketika turun melayan kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi suku akhir Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammad IV, petang esok.
Hoki Piala Razak: Pahang ke pusingan kedua penuh bergaya selepas belasah Kelantan
Pahang mara ke pusingan kedua Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak dengan cukup bergaya selepas membelasah Kelantan 12-1 di Stadium Hoki Nasional , Bukit Jalil hari ini.
STL: Guardians tetap idam kejuaraan tapi hormati KL Thunders
Ketua jurulatih pasukan ATM Guardians , Aswadi Abdullah, optimis Hairul Hazizi Haidzir akan sempat pulih daripada kecederaan belakang yang telah membelenggu sejak dua tahun lalu.
Piala Presiden: Kedah mudah atasi ATM
Kedah menunaikan janji untuk mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut apabila menewaskan pasukan tercorot, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 dalam aksi berat sebelah saingan Kumpulan A, Piala Presiden di Stadium Darul Aman, petang tadi.
Nixson tekad pertahankan gelaran
Atlet olahraga negara, Nixson Kennedy, melaungkan amaran awal untuk mempertahankan gelaran raja pecut, menjelang Kejohanan Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 di Lumut, Perak, bermula Rabu ini.
Keputusan rayuan T-Team diketahui 15 Mei ini
Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengesahkan daripada empat pasukan yang dikenakan pemotongan enam mata, hanya T-Team yang telah mengemukakan rayuan rasmi.
Isu potong mata: Rosmadi kecewa dengan FMLLP
Naib presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Rosmadi Ismail, melahirkan rasa kecewa apabila Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) enggan 'memberi muka' kepada The Red Warriors berhubung pemotongan enam mata.
Kelantan, T-Team, ATM, Perlis dipotong enam mata
Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahkan empat pasukan Liga Malaysia, Kelantan, T-Team, ATM dan Perlis dikenakan pemotongan enam mata serta merta selepas gagal melengkapkan pendaftaran melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB).
Empat pemain ATM sertai skuad pembangunan hoki negara
Empat pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi penghormatan menyertai skuad pembangunan negara untuk persiapan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia di Doha, Qatar, bermula 24 April ini.
PGA Championship: Morikawa and Schauffele share lead ahead of final round
Shane Lowry made history in round three, but it is Collin Morikawa and Xander Schauffele who share the lead in a close battle for glory.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'