Phoenix Suns dilaporkan berhasil mendapatkan pemain ejen bebas paling dikehendaki apabila menandatangani pemain veteran, Eric Gordon, dengan kontrak dua tahun.

Berdasarkan laporan ESPN, kesepakatan itu turut merangkumi pilihan buat pemain berkenaan.

Pemain berusia 34 tahun itu akan menyertai Devin Booker, Kevin Durant, Deandre Ayton dan muka bari, Bradley Beal, di Suns.

Gordon merekodkan purata 12.4 mata, 2.7 bantuan dan 1.9 rebound bagi setiap satu daripada 69 perlawanan musim lalu buat Houston Rockets dan Los Angeles Clippers.

Dia menjadi pemain ejen bebas minggu lalu selepas Clippers tidak bersetuju untuk menyediakan kontrak bernilai $21 juta (RM72.54 juta) buatnya.