Carmelo Anthony, yang merupakan All Star 10 kali dan pemain di tangga kesembilan dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman NBA, secara rasminya mengumumkan persaraannya daripada liga itu malam tadi.

Dia mengumumkan perkara itu dengan satu kiriman video dalam media sosial, yang memaparkan rangkuman karier gemilangnya dengan ayat "sudah sampai masanya untuk ucap selamat tinggal".

Pilihan ketiga keseluruhan yang dipilih Denver Nuggets daripada draf NBA 2003 itu menjaringan 28,289 mata sepanjang 19 musim yang disertainya.

Dia tidak beraksi sepanjang musim ini dengan kali terakhir turun ke gelanggang adalah dengan mewakili Los Angeles Lakers musim 2021-22.

Dengan diiktiraf sebagai antara penjaring gol paling prolifik dalam sejarah NBA, Anthony merupakan penjaring terbanyak musim 2012-13 dengan purata 28-7 mata bagi setiap perlawanan.

Anthony, yang akan berusia 39 tahun Isnin depan, dipilih dalam senarai NBA’s 75th Anniversary Team selain dua kali dinamakan dalam pasukan kedua All-NBA dan empat kali dalam pasukan ketiga All-NBA.