Russell Westbrook melakar sejarah baru NBA dengan mengulangi pencapaian triple-double, namun kelibatnya masih belum mampu menghalang kekalahan Washington Wizards.

Westbrook -- yang dilepaskan Houston Rockets kepada Wizards pada hujung bulan lalu -- mencatat 22 mata, 11 bantuan jaringan dan 10 rebound dalam kekalahan 130-133 kepada Chicago Bulls, sebentar tadi.



Dia menyertai bintang Hall of Fame, Oscar Robertson, untuk muncul satu-satunya pemain dalam sejarah NBA yang membuka musim saingan dengan mengulangi triple-doubles sebanyak empat kali dalam empat aksi awal.

Biarpun Westbrook cemerlang dengan sentuhannya, Wizards masih berputih mata selepas lima perlawanan.