Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi, memegang kata-kata pemilik Kedah Darul Aman, Tan Sri Daud Bakar, yang berjanji akan ada perubahan melibatkan kemelut pembayaran gaji tertunggak sejak awal musim ini.

Kedua-dua individu itu mengadakan pertemuan di Alor Setar minggu lalu dengan beberapa perbincangan telah berlaku.

Bagi pihak pengelola keterbukaan untuk membantu skuad Hijau Kuning bermula sejak awal musim lagi, namun dengan syarat langkah pertama perlu bermula terlebih dahulu.

"Saya harap dapat melihat semula penyokong fanatik Kedah Darul Aman kembali ke stadium seperti sediakala.




"Apa pun, saya harap ia boleh diatasi," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

MFL difahamkan mempunyai rencana di peringkat pengurusan bagi membantu menyelesaikan isu yang membelenggu pasukan ketika ini.

Pendekatan MFL ketika ini ialah tunggu dan lihat mengenai keberkesanan rencana yang sedang diatur.

"Bukannya MFL yang akan melakukan segalanya, setiap pihak perlu memainkan peranan.

"Selepas pertemuan kami yang lalu, saya memang mengharapkan beberapa perkara menunjukkan perkembangan, lagipun Kedah merupakan sebuah kelab yang bagus," katanya.