Manny Pacquiao berasakan Floyd Mayweather Jr hanya cemburu dengan karier jangka panjangnya selepas bekas peninju Amerika Syarikat itu melabel jaguh veteran kategori welterweight berkenaan sebagai "orang tua".

Mayweather mengkritik peninju muda yang mengejar pertarungan dengan Pacquiao, 41, yang memenangi pertarungan terakhirnya dengan peninju tidak terkalah, Keith Turman, untuk merampas gelaran kelas super welterwight WBA, Julai lalu.

Bagaimanapun, Pacquiao tidak terlalu mengendahkan komen Mayweather itu sambil mendakwa individu berusia 43 tahun berkenaan, yang kali terakhir beraksi ketika menentang bintang UFC, Conor McGregor, pada 2017, masih berharap untuk dapat terus bertarung.

"Dia hanya cemburu kerana dia sudah bersara. Kami pula masih bertarung dan memenangi gelaran," katanya kepada The Manila Times.

"Saya masih belum memikirkannya, saya lebih mengutamakan mengenai negara kita (Filipina).

"Tiada perancangan untuk bersara. Saya masih berlatih. Tuhan amat baik."

Kebanyakan acara sukan di seluruh dunia direhatkan berikutan pandemik koronavirus dan Pacquiao -- yang juga merupakan senator kerajaan Filipina -- sedang fokus untuk membantu negaranya sepanjang krisis itu.

"Saya lebih mengutamakan negara kita dan bagaimana untuk menyelesaikan pandemik ini," tambahnya.