Jurulatih pasukan Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan bahawa dia masih tidak berpuas hati meskipun berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris selepas menundukkan Chelsea semalam.

Manchester City bangkit daripada penyingkiran Liga Juara-juara Eropa (UCL), selepas ditewaskan oleh Real Madrid berjaya mengetepikan cabaran dari anak buah Mauricio Pochettino.

Meskipun berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali keenam, Guardiola tetap tidak berpuas hati dengan penjadualan perlawanan bola sepak yang memenatkan semua pemain.

"Saya sendiri tidak percaya bagaimana kami mampu bertahan hingga ke tahap ini.

"Walaupun tidak mempunyai rehat yang cukup, pemain tetap memberikan yang terbaik di atas padang. Mereka menentang Real Madrid selama 120 minit dan tiada latihan susulan untuk persiapan perlawanan separuh akhir ini.

"Kami mengambil masa empat jam untuk sampai di Stadium Wembley dan bermain dengan keadaan yang memenatkan. Saya masih tidak percaya bagaimana kami mampu bertahan," katanya.