Shaiful Shamsudin
Wed Aug 24 2022
Shakhtar Donetsk dan Metalist 1925 mencetak keputusan seri tanpa jaringan yang menandakan kembalinya bola sepak divisyen teratas Ukraine selepas berehat selama 254 hari akibat perang.
Musim Liga Perdana Ukraine (UPL) 2021-22 sepatutnya disambung semula untuk separuh kedua kempen pada 25 Februari lalu tetapi semua perlawanan digantung selepas Russia memulakan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine sehari sebelumnya.
Disebabkan konflik berterusan itu, saingan musim lalu secara rasminya ditamatkan pada hujung April lalu apabila tiada pasukan bermain lebih daripada 18 perlawanan.
Sempena Hari Bendera Kebangsaan Ukraine pada 23 Ogos dan menjelang Hari Kemerdekaan negara itu, UPL kembali bersaing.
Shakhtar, yang menduduki tempat teratas ketika musim lalu digantung, memulakan penggal baru menentang Metalist 1925 yang dinaikkan pangkat dalam pertemuan di gelanggang tertutup, Stadium Olimpik, di Kyiv itu.
Kedua-dua pasukan sudah tidak bermain dalam perlawanan kompetitif selama sembilan bulan yang menyaksikan perlawanan di peringkat teratas membabitkan Shakhtar sebelum ini ialah menerusi kemenangan 2-1 di Oleksandria pada 11 Disember 2021, iaitu sebelum cuti musim sejuk.
Perlawanan dalam musim UPL baru hanya akan dimainkan di stadium yang mempunyai perlindungan serangan udara dan setiap perlawanan akan berlangsung secara tertutup.
Siren serbuan udara dikekalkan di negara itu tetapi tiada penggera akan dibunyikan ketika perlawanan.
Sebelum sepak mula, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, berucap kepada pemain melalui satu pautan video dan lagu kebangsaan dimainkan secara langsung di stadium.
Shakhtar kini akan mengalihkan perhatian mereka kepada undian Liga Juara-Juara (UCL), Jumaat ini, dan gelanggang di Warsaw menjadi venue rasmi mereka di peringkat Eropah musim ini.
Harry Kane ketepi soal perpindahan jaring empat gol bantu Spurs belasah Shakhtar Donetsk
Harry Kane mengetepikan soal ketidaktentuan masa depannya apabila menjaringkan empat gol ketika membantu Tottenham membelasah Shakhtar Donetsk 5-1 dalam aksi persahabatan pramusim di laman sendiri malam tadi.
Real Madrid kekalkan rekod cemerlang selepas benam Shakhtar
Tiga hari selepas menyaksikan permulaan sempurna musim berakhir dengan keputusan seri dalam LaLiga, Real Madrid menewaskan Shakhtar Donetsk 2-1 dalam Liga Juara-Juara untuk menguasai sepenuhnya Kumpulan F.
Liga teratas Ukraine kembali dipertandingkan
Shakhtar Donetsk dan Metalist 1925 mencetak keputusan seri tanpa jaringan yang menandakan kembalinya bola sepak divisyen teratas Ukraine selepas berehat selama 254 hari akibat perang.
Shakhtar Donetsk tuntut ganti rugi FIFA akibat polisi kontrak pemain
Shakhtar Donetsk menuntut ganti rugi sebanyak €50 juta (RM225.9j) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas bayaran perpindahan berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Benzema bantu Los Blancos lakar sejarah di pentas Eropah
Dua jaringan Karim Benzema membantu Real Madrid menang 2-1 ke atas Shakhtar Donetsk sekaligus membawa mereka ke puncak Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
UCL: Real Madrid alami rekod separuh masa pertama terburuk sejak 2005
Real Madrid bolos tiga gol dalam separuh masa pertama perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Shakhtar Donetsk awal pagi tadi, sekali gus menjadi rekod terburuk mereka sejak 15 tahun lalu.
Zidane yakin boleh pulihkan Madrid selepas siri dua kekalahan
Zinedine Zidane yakin dia mampu menamatkan prestasi buruk dan memulihkan Real Madrid biarpun semakin tertekan dengan kekalahan mengejut kepada Shakhtar Donestk dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Inter terlalu gagah buat Shakhtar
INTER 5 SHAKHTAR DONETSK 0 Lautaro Martinez berkata Inter bersedia untuk menempa nama selepas membelasah Shakhtar Donetsk untuk mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Liga Europa.
Chelsea players must set ego aside or 'situation will hardly change', Silva warns
Thiago Silva warns Chelsea
Raducanu withdraws from French Open qualifying
Raducanu out of RG qualifying
Mbappe left out of PSG squad for final Ligue 1 game
Kylian Mbappe has played his last league game for PSG, as he is not named in Luis Enrique's squad for their final match against Metz.
Thailand Open: Zii Jia wins one-sided final
Lee Zii Jia turned in a dominant performance to win the Thailand Open men's singles title after a one-sided 21-11, 21-10 victory over Angus Ng Ka Long in Bangkok on Sunday.
Arsenal 'can't get too emotional' ahead of final day, Odegaard insists
Martin Odegaard has called for calm from Arsenal heading into what promises to be a dramatic final day of the Premier League season.
Pioli says he 'raised expectations' for Milan; Juric to leave Torino
Stefano Pioli is under increasing pressure in Milan but thinks critics are quick to forget their achievements during his time in charge.
'Age is not an issue', insists energised Casemiro
Casemiro has endured a frustrating season at Manchester United, but the midfielder is feeling positive about life with the Red Devils.
Doncic 'one of best in the world' - Kidd praises star man after Mavericks win
Dallas Mavericks are into the Western Conference finals after a dramatic finish saw them beat Oklahoma City Thunder 117-116 on Saturday.
'I believe I won' - Fury loses historic undisputed championship to Usyk
Usyk undisputed champion, beat Fury
Inter Miami 1-0 D.C. United: Super-sub Campana seals late win
Report: Miami 1-0 D.C. United