Husna Zainudin
Mon Nov 11 2024
Kemenangan besar Johor Darul Ta'zim di atas padang menentang Perak beri makna berbeza buat pengendalinya, Hector Bidoglio yang menyifatkan ia sebagai pengubat hati tatkala dirinya dirundung rasa sedih atas pemergian ibunya.
Lima gol hasil cetakan Romel Morales dan Bergson Da Silva jelas menunjukkan keampuhan benteng pertahanan dan kesempurnaan formasi berjaya dipamerkan oleh skuad Harimau Selatan itu.
"Saya ingin berterima kasih kepada mendiang ibu saya kerana dia menunjukkan saya erti kehidupan dan saya sangat gembira malam ini JDT menghadiahkan kemenangan yang sangat bermakna buat saya," jelasnya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Pengendali kelahiran Venezuela itu kehilangan ibunya pada Ahad susulan penyakit kanser yang dihadapi.
Liga Super: Martin Stano dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah baharu
Jurulatih kelahiran Slovakia, Martin Stano, menjadi pilihan untuk mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee, untuk mengendalikan Sabah.
Liga Super: Selangor pesta gol di Paroi
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, akhirnya mendapat kemenangan pertamanya selaku pengendali Selangor, selepas Gergasi Merah membelasah Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Paroi.
Liga Super: Hatrik awal Arif Aiman padam semangat KL City
Hatrik Arif Aiman Md Hanapi mewarnai dominasi penuh Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super bertemu KL City membenarkan mereka mendahului 3-0 ketika ini.
Kesebelasan utama: KL City berdepan ranjau bertemu JDT di SSI
Kuala Lumpur City tanpa khidmat tonggak utama, Paulo Josue dalam aksi Liga Super bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).
Liga Super: Juan Muniz ulang kaji keampuhan Kuala Lumpur City
Arkitek tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, menjadikan aksi pemanas badan menentang Kuala Lumpur City bagi perlawanan Liga Super esok sebagai panduan sebelum kedua-dua pasukan berentap dalam aksi suku akhir Unifi Piala Malaysia.
Liga Super: Penang tamat kemarau kemenangan di Stadium Bandaraya
Penang melakar kemenangan pertama di laman sendiri buat pertama kali sejak bulan Ogos apabila menewaskan PDRM dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.
Permainan berbaki lima minit, pengadil hentikan perlawanan Penang-PDRM
Pertembungan Penang dan PDRM ditangguh seketika ekoran hujan lebat yang turun di Stadium Bandaraya ketika ini.
Liga Super: Sabah pintas Selangor dalam kedudukan liga
Sabah merekodkan kemenangan kelima berturut-turut dalam aksi Liga Super apabila berjaya menang 2-1 ke atas Kuching City dalam aksi derbi Kepulauan Borneo sebentar tadi.
Info siaran langsung: Hamidin pertahan jawatan atau tidak?
Ikuti perkembangan Mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu, 4 Disember 2024 jam 12.00 tengah hari.
Sabah hilang enam pemain utama ke Stadium Negeri Sarawak
Sabah FC mungkin terpaksa melupakan khidmat enam tonggak utamanya selepas masih mengalami kecederaan apabila bertemu Kuching City FC, di Stadium Negeri, Kuching malam esok.
Arteta tells Arsenal to 'accept reality' of injury crisis
Arsenal must accept injury reality
Leclerc tops post-season testing in Abu Dhabi, Sainz makes Williams debut
Leclerc tops post-season testing
Guardiola 'won't manage another club' after Man City
Pep: No club job after Man City
Youthful Juventus must show 'character' to beat Man City, says Motta
Motta: We must be at our best
Brazil great Marta to retire after 'a couple more years', not eyeing 2027 World Cup
Marta likely to retire before 2027
Millwall boss Harris stepping down after Middlesbrough clash
Harris to leave Millwall position
Carragher: It could not have gone worse for INEOS at Man Utd
Carragher slams INEOS tenure
'It doesn't end here', says Puig as he eyes more LA Galaxy history
Puig eyeing more LA Galaxy history
Dortmund boss Sahin confirms Sule injury blow ahead of Barcelona clash
Sule ruled out for several months
'I'd prefer Ireland, England or France', says O'Gara amid Wales job links
O'Gara not keen on Wales job