Amirul Hisyam Awang Kechik menjadi wira Kedah Darul Aman (KDA) apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir bertemu Perak di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

Selepas tersingkir daripada Unifi Piala Malaysia berdepan Kuala Lumpur (KL) City minggu lalu, Kedah kembali menurunkan tonggak utama, Syafiq Ahmad, untuk menggempur kubu pertahanan skuad tuan rumah.

Aksi minggu ke-16 Liga Super Malaysia itu menyaksikan Perak terlebih dahulu mendapatkan jaringan pertama menerusi sepakan penalti Clayton da Silva pada minit ke-71.


Skuad kendalian Yusri Che Lah hampir mencipta kemenangan tipis, namun sepakan Amirul Hisyam pada minit ke-92 menewaskan penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli, untuk kedudukan seri 1-1.