Susulan perlawanan hangat saingan La Liga yang melibatkan 6 gol antara Barcelona & Granada yang berakhir dengan keputusan seri.

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, berang dengan keputusan yang sepatutnya memihak kepada pasukannya.

Xavi sifatkan terlalu banyak kesilapan kecil dilakukan anak buahnya yang mengundang tiga gol mudah ke dalam gawang mereka.

"Saya percaya kita telah melakukan kesilapan yang tidak boleh diterima.




"Jika kita mahu bersaing untuk menang atau berada di atas liga, lebih-lebih lagi Liga Juara-juara, kita tidak patut buat kesilapan begini," katanya.

Barcelona ketika ini sedang menghuni tangga ketiga La Liga dengan 51 mata, 10 mata dibelakang pendahulu liga, Real Madrid, dengan berbaki 24 perlawanan.

Pasukan Blaugrana bakal hadapi Celta Vigo pada 18 Februari ini pada pukul 1.30 pagi.