Najmi Iman
Wed Jan 15 2025
Baru beberapa bulan berlalu, lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris terpaksa dikembalikan semula akibat kerosakan yang berlaku pada permukaan yang semakin lusuh.
Kemerosotan yang ketara membuatkan setiap atlet tertanya-tanya dengan kondisi serta mempersoalkan ketulenan pingat itu.
Pemain papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston, memuat naik gambar pingatnya, hanya beberapa hari selepas memperoleh gangsa dalam perlawanan akhir yang kompetitif di ibu negara Perancis itu.
Ternyata dia bukan satu-satunya atlet yang menyedari kemerosotan pingatnya.
Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen, menunjukkan pingat emas yang dimenanginya di Paris 2024 dan membandingkannya dengan keadaan emas yang dimenanginya di Tokyo 2020, dengan pingat yang lebih lama kelihatan jauh lebih bersinar.
Rebeca Andrade, yang menewaskan Simone Biles untuk memenangi emas di final gimnastik lantai, mengelak daripada memakai pingatnya.
Lima bulan kemudian dan laporan daripada penerbitan Perancis La Lettre telah mendakwa bahawa lebih 100 atlet telah memulangkan pingat mereka, yang dihasilkan oleh Monnaie de Paris (Paris Mint).
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris dan diukir dengan cara yang sama daripada pingat asal.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
Baru beberapa bulan berlalu, lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris terpaksa dikembalikan semula akibat kerosakan yang berlaku pada permukaan yang semakin lusuh.
Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terima insentif tunai 100PLUS
Tiga Olimpian negara yang berjaya menyumbangkan pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 membabitkan pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima insentif tunai daripada syarikat minuman tenaga 100 Plus, hari ini.
Duplantis cipta dua rekod dunia dalam tempoh kurang dari sebulan
Persis Usain Bolt yang menuai emas di olimpik namun meninggalkan rekod dunia terhebat dengan catatan 9.58 saat di luar kejohanan olimpik yang kekal sehingga hari ini.
Aaron dan Wooi Yik akui semangat penyokong Malaysia luar biasa
Selepas ini mereka perlu melakukan persiapan untuk menghadapi cabaran di terbuka Jepun yang bakal berlangsung 20 Ogos ini
Paris 2024: 'Pasukan' Azizulhasni Awang patut dijadikan contoh -- Ahmad Fadzlee
Seorang demi seorang atlit Malaysia terpaksa balik dari Olimpik Paris tanpa apa-apa kilauan pingat dan perkara itu sangat dibimbangkan apabila negara Asean lain sudah pun berjaya meraih pingat emas
"Kalau KOM buat keputusan awal, prestasi Azeem mungkin lebih baik"-Nazmizan
Nazmizan yang turut menonton aksi Azeem semalam turut mendakwa bahawa pelari dari Teluk Intan itu kelihatan seperti mahu terjatuh pada permulaan dengan corak larian tidak selesa untuk jarak 30 meter pertama.
Paris 2024: Mesir perlu lepasi Perancis untuk tamatkan kemarau 14 tahun tanpa kejuaraan
Mesir sebenarnya telahpun berjaya melakukan keajaiban selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir pada temasya olimpik untuk tempoh selama 60 tahun dalam penganjuranya.
Lima langkahan dalam tempoh satu saat
Rekod itu kekal sebagai ingatan dan gagal dipecahkan walau telah terbatal kerana ketika itu sukar untuk mencari manusia yang mampu melakukan catatan di bawah 9.8 saat.
'Ramai wanita mungkin disingkir andai bergantung kepada ujian testosterone' - IOC
Pendirian IOC itu sememangnya bercanggah dengan keputusan yang pernah dibuat oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) yang pernah membatalkan penyertaan Khelif tahun lalu ketika beliau beraksi dalam Kejohanan Dunia Wanita
Paris 2024: Pembawa bendera Israel di Olimpik bom penduduk Gaza
Pembawa bendera Israel di Sukan Olimpik Paris 2024, Peter Paltchik adalah individu sama yang menulis mesej berbaur provokasi pada bom yang dibedil untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.
Ancelotti's Supercopa frustrations linger ahead of Copa del Rey clash
Ancelotti's frustration lingers
Fernandes lauds Zirkzee's redemption arc following FA Cup heroics
Preview: Man Utd v Southampton
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles
Australian Open: Gauff battles past Burrage
Gauff overcomes Burrage test
Australian Open: Osaka relishing 'Titan' encounters in Melbourne
Osaka relishing 'Titan' clashes