Selepas ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, direhatkan dan digantikan oleh Pengarah Teknikal Penang, Merzagua Abderrazak, skuad Harimau Kumbang kini mencari kemenangan pertama selepas lima perlawanan dalam pertemuan menentang Sabah di Stadium Bandaraya, sebentar nanti.

Persoalannya, mampukah penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel, mengawal rapi gawangnya daripada dibolosi oleh pemain Sabah yang gemar melakukan rembatan jarak jauh?


Syamer Kutty Abba membawa misi meyakinkan semula peminat tuan rumah seterusnya memburu tiga mata penuh dan keluar daripada kancah kedudukan terakhir liga.

Sementara itu, Ko Kwang-min dan Stuart Wilkin akan memacu jentera tengah Sang Badak untuk mengekalkan rentak kecemerlangan selepas membenam Perak, minggu lalu.

Saddil Ramdani dilihat sedang mencari rentak sebenarnya selepas kembali menghiasi skuad kendalian Ong Kim Swee sambil penyerang, Joao Pedro, menjadi tunjang utama Sabah malam ini.