Shaiful Shamsudin
Wed Aug 03 2022
RANGERS 0 UNION SAINT-GILLOISE 2
Pengurus Rangers, Giovanni van Bronckhorst, berkata pemainnya bernasib baik kerana hanya tewas 0-2 kepada Union Saint-Gilloise dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan ketiga, Liga Juara-Juara (UCL).
Naib juara Liga Europa musim lalu tersebut memulakan perlawanan di Belgium itu, awal pagi tadi, dengan garang tetapi tuan rumah menyusun semula permainan dalam perlawanan UCL pertama membabitkan kelab itu dan sentuhan penyudah ketua pasukan, Teddy Teuma, dalam separuh masa pertama selain sepakan penalti kontroversi Dante Vanzeir pada minit ke-76 untuk memberikan mereka kelebihan dua gol.
Van Bronckhorst tidak berpuas hati dengan prestasi dan keputusan yang diraih kelab Scotland itu berikutan meletakkan Rangers di laluan berliku menjelang pertemuan kedua di Ibrox, minggu depan.
Bekas pemain antarabangsa Belanda itu memberitahu Premier Sports: "Prestasi hari ini adalah di bawah paras sebenar.
"Pihak lawan hanya bertahan jadi itu bermakna mereka takut. Tetapi akhirnya, kami tidak melakukan apa-apa dengan penguasaan bola kami dan mengatur gerakan.
"Perlahan-lahan, mereka menjadi lebih mantap, kami tidak bertindak balas dengan baik selepas itu. Kami tidak mendapat rentak dalam perlawanan ini."
UEL: Abdallah Sima wira Rangers atasi Real Betis
Jaringan tunggal Abdallah Sima dalam babak kedua sudah cukup untuk memberikan Rangers kemenangan 1-0 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.
MPFL: Pahang Rangers kekal rendah diri
Ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas, memuji komitmen serta kesungguhan yang ditampilkan barisannya ketika merakamkan ankemenang 7-3 dalam perlawanan akhir pertama Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 di Kuantan, malam tadi.
MPFL: Pahang Rangers kekal tenang reputasi JDT
Demikian tegas ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas, apabila ditanya mengenai persiapan menghadapi pasukan yang penuh dengan bintang seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam final Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023.
Jack Butland tekad pahat nama jadi legenda di Rangers
Jack Butland berhasrat untuk mengikuti jejak kekentalan dua bekas penjaga gol Rangers ketika dia sedang menyesuaikan diri dengan kelab yang berpangkalan di Ibrox itu.
Rangers akhiri kempen UCL dengan enam kekalahan, bolos 22 kali
Rangers mencipta rekod yang tidak diingini dengan menjadi pasukan Scotland pertama yang tewas kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tewas 3-1 kepada Ajax.
Salah ledak hatrik terpantas dalam sejarah UCL
Mohamed Salah menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara selepas Liverpool menewaskan Rangers 7-1 serta melangkah ke pusingan 16.
Darwin Nunez akui sukar sesuaikan diri dalam saingan EPL
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez, berkata dia mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris tetapi pemain Uruguay itu menerima bahawa sebahagiannya adalah berpunca daripada dirinya sendiri.
Klopp puji aksi cemerlang Liverpool atasi Rangers
Jurgen Klopp mahu Liverpool meneruskan kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Rangers.
Penyokong Rangers abai larangan UEFA, nyanyi lagu 'God Save the King'
Lagu 'God Save the King' dinyanyikan oleh penyokong Rangers sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Napoli di Ibrox awal pagi tadi walaupun ia tidak dibenarkan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
UCL: Klopp sambut baik cabaran Liverpool
Jurgen Klopp tidak sabar menanti cabaran yang menanti Liverpool dalam kumpulan Liga Juara-Juara yang 'sangat kompetitif dan sengit'.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot
QPR 4-0 Leeds United: Shock loss for Farke's men seals Leicester's promotion
Report: QPR 4-0 Leeds United
Real Sociedad 0-1 Real Madrid: Los Blancos edge closer to LaLiga title with win
Report: Real Sociedad 0-1 Madrid
Minnesota United v Sporting Kansas City: ‘It’s what I’ve waited for’ - Oluwaseyi
Preview: Minnesota v Sporting KC
‘We can’t control the Opta supercomputer’ – Eidevall says Arsenal’s destiny is in their own hands
Eidevall previews Everton clash
Brazil legend Marta to retire from international football
Brazil's all-time top scorer, Marta, is hanging up her boots at the end of the year.
IPL: Bairstow century gives Kings stunning win over KKR with record run chase
IPL: Bairstow century for Kings
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Man City title hopes rocked