Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mengesahkan Roberto Mancini telah melepaskan peranannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaaan negara itu selepas mendapat persetujuan bersama.

Terdahulu, jurulatih berusia 59 tahun itu secara mengejut mengumumkan statusnya sebagai pengendali jaguh bola sepak Asia itu pada 2023 selepas meninggalkan skuad bola sepak Itali.





Begitupun, bekas jurulatih Manchester City itu bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan sahaja.

Dalam satu kenyataan SAFF menjelaskan: "Lembaga Pengarah Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi dan jurulatih pasukan kebangsaaan, Roberto Mancini, mencapai persetujuan bersama hari ini mengenai penamatan kontrak."

Terdahulu, kedudukan Mancini dilaporkan sedang dipertimbangkan susulan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Bahrain awal bulan lalu, dengan aksi itu menyebabkan mereka berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia Zon Asia dengan hanya mengumpul lima mata selepas empat perlawanan.